Pernah tak rasa mood nak ‘bersama’ atau nafus seks semakin berkurang kebelakangan ni?
Libido rendah boleh jadi sebab nafsu seks anda semakin rendah. Antara punca yang menyebabkan libido rendah, boleh jadi anda penat bekerja, stres, kurang tidur atau amalan gaya hidup yang tak sihat. Kadang-kadang, hormon pun main peranan.
Jangan risau, ada cara mudah untuk ‘boost’ kembali nafsu seks tanpa perlu bergantung pada ubat, iaitu melalui makanan!
Ada beberapa jenis makanan yang memang terkenal dengan khasiat untuk lancarkan darah, naikkan tenaga dan bagi ‘extra spark’ dalam hubungan. Jom semak senarai makanan yang boleh naikkan libido atau nafsu seks anda!
1. Coklat Gelap (Dark Chocolate)
Coklat gelap terkenal sebagai “pencetus mood baik”. Ia mengandungi phenylethylamine yang mampu merangsang hormon “gembira” seperti endorfin dan serotonin. Selain itu, kandungan antioksidannya juga bantu melancarkan peredaran darah, ps; penting untuk prestasi seksual yang sihat!
2. Avokado
Avokado kaya dengan vitamin E dan lemak sihat yang menyokong penghasilan hormon seks. Vitamin E juga dikenali sebagai “vitamin kesuburan” kerana membantu meningkatkan kualiti sperma dan ovulasi.
3. Daging Merah Tanpa Lemak
Ia tinggi dengan zink, nutrien penting untuk penghasilan sperma yang sihat dan hormon seks. Kajian mendapati lelaki yang cukup zink lebih cenderung memiliki tahap testosteron lebih tinggi.
4. Tiram (Oysters)
Tiram terkenal sebagai makanan afrodisiak sejak zaman dahulu. Ia kaya dengan zink, yang penting untuk kesihatan reproduktif, penghasilan sperma dan keseimbangan hormon seks.
5. Pisang
Pisang bukan sekadar sumber tenaga segera, tetapi ia juga mengandungi bromelain, enzim yang dipercayai boleh tingkatkan libido lelaki. Kandungan kaliumnya pula penting untuk otot dan kawalan tekanan darah, menjadikan tubuh lebih bertenaga.