Enam bintang ternama menjadi pilihan utama jenama fesyen untuk menghiasi kempen Ogos 2025. Dari wajah ikonik hingga nama baharu yang sedang mencuri perhatian, setiap selebriti tampil dengan pesona tersendiri, membawa aura segar dan inspirasi berbeza.
Enam selebriti antarabangsa menjadi wajah utama kempen fesyen dan kecantikan Ogos 2025, dengan tumpuan khusus pada KATSEYE, kumpulan pop global yang sedang mencipta fenomena, serta Mingyu, bintang K-pop yang tampil penuh karisma. Kedua-duanya melengkapkan barisan selebriti pilihan dengan aura tersendiri, menjadikan kempen kali ini sarat dengan gaya, tenaga baharu dan inspirasi tanpa batas.
KATSEYE
kumpulan pop global KATSEYE kini tampil dalam kempen terbaharu Gap bertajuk “Better in Denim”. Menampilkan gaya denim klasik dengan sentuhan peribadi setiap ahli, kempen ini meraikan keunikan serta cara mereka mengekspresikan diri melalui fesyen.
Zendaya
Zendaya, kembali menghiasi kempen On untuk Musim Luruh/Sejuk 2025. Kempen “Be Every You” ini meneruskan kerjasama jangka panjang mereka, mengangkat tema identiti serta kebebasan untuk bergerak sebagai setiap versi diri anda, dengan video yang dinaratifkan oleh Zendaya sendiri.
Tyla
Tyla Jadi Wajah Kempen Nike Air Max Muse Musim Luruh 2025. Pertama kali diperkenalkan pada November 2024, siluet wanita futuristik ini menggabungkan inovasi dengan gaya, menerapkan kusyen udara ikonik jenama tersebut pada rekaan semula kasut yang lebih berani.
Kendall Jenner
Kesihatan kini menjadi kemewahan tertinggi — sama ada menunggang kuda, yoga, atau beristirahat di padang pasir untuk meditasi — dan tiada siapa yang lebih mencerminkan semangat itu selain Kendall Jenner. Musim ini, Alo Yoga kembali bergandingan dengan ‘It girl’ ikonik mereka untuk kempen Musim Luruh 2025, bagi melancarkan “Core Collection” yang chic namun mampu milik.
MingYu
MINGYU daripada SEVENTEEN menyerlahkan aura bintang ternama dalam kempen Calvin Klein musim luruh 2025. Personaliti itu bergaya dalam siluet ikonik jenama tersebut yang diberi nafas baharu dengan cetakan dan cucian terkini.
Post Malone
Post Malone menjadi wajah utama kempen terbaharu SKIMS, jenama milik Kim Kardashian yang kini memperluas kategori pakaian lelaki. Koleksi ini memberi tumpuan pada siluet loungewear santai dengan sentuhan moden, termasuk Heavyweight Fleece Jogger, Zip-Up Hoodie, SKIMS Basics T-Shirt, serta rekaan istimewa bercetakan kamuflaj Realtree®. Kehadiran Post Malone sebagai bintang utama menyerlahkan gaya kasual namun berkarisma yang ingin dibawakan oleh SKIMS untuk lelaki masa kini.
Baca:
9 Foto ‘Menggoda’ Mingyu Dalam Kempen Terbaru Calvin Klein
Sempena Merdeka 2025, Ini 5 Jenama dengan Koleksi Berinspirasikan Malaysia
Si Bulus Sebagai Inspirasi, Ini Jenama Fesyen Yang Berkolaborasi Dengan Kucing