Kalau sebut Putrajaya, pasti ramai yang terbayang dengan bangunan kerajaan, jambatan ikonik dan tasik yang indah. Tapi sebenarnya, bandar ini juga semakin meriah dengan pilihan kafe yang santai dan menarik untuk lepak bersama kawan atau keluarga.
Dari kafe berkonsep moden hingga yang penuh dengan sentuhan minimalis, Putrajaya menawarkan pelbagai tempat untuk nikmati secawan kopi panas, menu brunch yang mengenyangkan, serta pencuci mulut manis yang sukakan pengahiran food hunting yang fomo!
Jom terokai 10 kafe paling popular di Putrajaya yang wajib anda singgah untuk pengalaman kopi, brunch, dan dessert.
1. Celsius Coffee
Kalau anda mencari kafe dengan vibe moden dan tenang, Celsius Coffee memang pilihan tepat. Tarikan utama semestinya kopi mereka yang kaya dengan aroma dan rasa, dari latte yang smooth sampai cold brew yang menyegarkan. Jangan lupa cuba pastry mereka, memang ‘match made in heaven’ dengan secawan kopi panas.
2. INaRA Kafe
INaRA Kafe antara port lepak kegemaran penduduk Putrajaya. Ruangannya simple tapi nyaman, buat orang rasa selesa duduk lama. Selain kopi, mereka juga ada hidangan lokal dan barat yang sesuai untuk brunch. Kalau datang dengan keluarga, inilah tempat yang boleh memenuhi citarasa semua orang, ada nasi lemak, ada juga pasta creamy.
3. Min Coffee
Bagi pencinta kopi, Min Coffee adalah hidden gem di Putrajaya. Interiornya minimalis dan instagrammable, sesuai untuk ambil gambar OOTD. Specialty coffee di sini memang jadi bualan, dengan barista yang tahu cara hidangkan kopi terbaik. Selain itu, mereka ada kek homemade yang lembut dan sedap, sesuai untuk yang suka dessert ringan.
4. Chef’s Canvas
Kalau anda suka kafe yang kreatif dari segi konsep dan menu, Chef’s Canvas memang berbaloi untuk singgah. Dekorasinya seakan ‘art space’, dengan sentuhan seni di sana-sini. Hidangan pula tak lari dari tema, kreatif, cantik dan sedap. Dari pasta yang disusun kemas sampai plated dessert yang cantik, memang sesuai untuk foodies yang suka rasa dan visual sama hebat.
5. Ekues Cabin Cafe
Terletak berhampiran suasana hijau, Ekues Cabin Cafe menawarkan pengalaman santai dengan vibe ala-ala cabin kayu. Tempat ini sesuai kalau anda nak lari sekejap dari kesibukan bandar. Menu mereka pula penuh dengan comfort food, dari chicken chop hinggalah spaghetti. Yang best, kopi mereka pun padu, sesuai jadi peneman bila duduk sambil menikmati angin sepoi-sepoi.
6. The Coffee Department, Presint 3
Nama pun dah cukup meyakinkan, The Coffee Department memang serius tentang kopi! Terletak di Presint 3, kafe ini jadi port favourite untuk mereka yang bekerja atau tinggal berhampiran. Pilihan kopi mereka meluas, dari espresso yang kuat sampai latte lembut. Interior kafe pun moden dan stylish, buatkan anda rasa macam di kafe hipster KL.
7. 10GRAM AYER8
Bagi yang suka suasana lively, 10GRAM AYER8 wajib masuk dalam senarai. Lokasinya strategik dan selalu jadi tempat orang berkumpul. Menu di sini cukup pelbagai ada kopi, minuman kreatif, dessert manis dan juga hidangan berat untuk kenyangkan perut. Kalau nak cari port untuk brunch bersama geng, inilah tempatnya.
8. Lake Cabin at Pit-Stop
Bayangkan nikmati secawan kopi panas sambil menghadap pemandangan tasik Putrajaya, itulah pengalaman di Lake Cabin. Suasananya santai, dengan vibe outdoor yang dekat dengan alam. Menu di sini ringkas tapi cukup menyenangkan, ada sandwich, kek dan kopi.
9. The Glasshopper
Seperti namanya, The Glasshopper menonjol dengan konsep dinding kaca yang buat ruang nampak luas dan terang. Ia sangat instagrammable, terutama waktu siang bila cahaya matahari masuk. Kopi mereka sedap dan pilihan dessert pun pelbagai. Kalau anda suka tempat bergambar cantik sambil makan, ini antara lokasi terbaik di Putrajaya.
10. Gua
Sedikit berbeza daripada kafe lain, Gua tampil dengan konsep yang unik, rasa cozy, rustic dan penuh dengan karakter. Interiornya buat rasa macam masuk ke ruang seni yang selesa. Menu mereka kreatif, gabungan makanan barat dan lokal dengan twist tersendiri. Kopi juga tidak mengecewakan, sesuai untuk yang suka cuba sesuatu lain daripada biasa.