Terbaru, Fan Bingbing telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada Ogos 2025 (kelmarin) sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri.
Model dan pelakon popular China, Fan Bingbing yang dianugerahkan gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, setelah pencapaian cemerlang selepas pelantikan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka.
5 sebab utama kenapa Fan Bingbing layak menerima gelaran Datuk:
Duta pelancongan Melaka 2024
Fan Bingbing telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Kehadiran figura antarabangsa sepertinya telah melonjakkan imej Melaka di mata dunia, khususnya pasaran pelancong dari China.
Meningkatkan populariti Melaka di peringkat global
Ketika lawatan promosinya pada Jun 2024, carian mengenai “Melaka” di platform WeChat melonjak lebih 3 bilion kali, manakala carian nama “Fan Bingbing” sendiri mencapai 7 bilion. Fenomena ini membuktikan pengaruhnya berjaya menarik perhatian global terhadap Melaka.
Rekod Malaysia Book of Records
Usaha promosi bersama Fan Bingbing mencatat kejayaan luar biasa apabila Melaka menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk jumlah klik tertinggi promosi pelancongan di platform WeChat, iaitu lebih 15.3 bilion klik.
Memperkenalkan produk kecantikan di Malaysia
Selain dunia lakonan, Fan Bingbing juga mengembangkan empayar perniagaan melalui jenama kecantikannya, Fan Beauty Diary. Pada Ogos 2025, produk ini secara rasmi dilancarkan di Watsons Malaysia, menjadikan negara ini antara pasaran antarabangsa terpilih.
Ikon global dengan pengaruh besar
Sebagai salah seorang artis China paling berprofil tinggi di peringkat antarabangsa, Fan Bingbing sering menjadi tumpuan media global di festival filem utama dan acara fesyen dunia. Pengiktirafan Datuk ini sekaligus membuka peluang lebih luas untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan premium di mata dunia.
Baca: Kumpulan KATSEYE dan 5 Selebriti Ini Menghiasi Kempen Ogos 2025