Kolaborasi Levi’s® bersama penyanyi tersohor, Beyonce sudah sampai ke kemuncak dan diraikan dengan pelancaran video berdurasi 90 saat.
Benarlah orang kata Beyonce adalah penyanyi yang cukup teliti dalam menjenamakan diri dan produknya. Kolaborasinya bersama Levi’s® adalah satu kerjasama terancang sejak awal kala dia merangka projek albumnya, Cowboy Carter. Seiring dengan imej koboinya, kolaborasi kedua-dua ikon global (Levi’s® sebagai jenama denim paling popular dunia) sangat bertepatan dengan bunyi dan visual Cowboy Carter.
Kerjasama ini mencapai puncaknya sewaktu persembahan penutup Cowboy Carter Tour Beyoncé di Las Vegas, apabila keseluruhan kru penari bintang itu menyerlah di pentas dengan helaian berkilauan daripada koleksi BEYONCÉ x LEVI’S®.
Mengakhiri perjalanan kempen yang sudah setahun ini juga, Levi’s® melancarkan The Denim Cowboy, penutup kepada kempen Levi’s® REIIMAGINE. Video ini menyatukan tiga bahagian terdahulu, sekaligus menandakan bahawa kempen ini lebih daripada sekadar reinterpretasi iklan terdahulu Levi’s®.
Diiringi suntingan eksklusif runut bunyi “Levii’s Jeans” daripada album yang dinobatkan sebagai Album of the Year di Anugerah Grammy, fillem berdurasi 90 saat ini menampilkan babak baharu dan potongan lanjutan daripada filem Launderette, Pool Hall dan Refrigerator semuanya diinspirasikan oleh iklan klasik Levi’s® era 80-an dan 90-an. Sekali lagi, jenama Levi’s® bekerjasama dengan pengarah pemenang Grammy, Melina Matsoukas, bagi merealisasikan visi ini.
“Kempen ini mewakili tahap baharu kolaborasi yang meletakkan wanita di pusat naratif, sekaligus membuka lembaran ikonik dalam sejarah Levi’s® yang terus mengukuhkan tempatnya di tengah budaya,” kata Kenny Mitchell, Ketua Pegawai Pemasaran Global Levi’s®.
Koleksi denim BEYONCÉ X LEVI’S®
Highlight utama koleksi ini menampilkan perincian berani seperti sulaman tali, taburan rhinestones dan hiasan sulaman yang menjadikan setiap helaian sebagai pernyataan gaya peribadi. Koleksi baharu ini menonjolkan siluet denim Levi’s® yang paling digemari melalui lensa visi kreatif Beyoncé.
Inspirasi koleksi ini datang daripada estetika ikonik Beyoncé dalam filem Pool Hall – bab kedua kempen REIIMAGINE– dengan mengolah semula helaian klasik Levi’s® melalui sentuhan glamor yang mencerminkan semangat ekspresi diri penuh keyakinan. Setiap helaian dilengkapkan dengan patch kulit edisi khas BEYONCÉ X LEVI’S® serta ciri eksklusif pertama iaitu jahitan arcuate berganda pada poket belakang, mencipta perincian tersendiri yang mengangkat warisan kedua-dua jenama serta melangkaui sempadan kreativiti.
Koleksi denim BEYONCÉ X LEVI’S® hadir dalam dua kemasan istimewa. Western Crystal finish tampil mewah dengan hiasan kristal berkilau yang memantulkan cahaya, perincian dan kemasan ini diserlahkan pada ’90s Shrunken Trucker dan 501® ‘90s. Seluar jeans ikonik 501® ‘90s ini boleh digayakan bersama jaket ’90s Shrunken Trucker yang sepadan untuk mencipta gaya denim dari kepala hingga ke kaki.
Helaian koleksi ini bermula pada harga RM499 hingga RM699, koleksi denim BEYONCÉ X LEVI’S® boleh didapati di Levi.com.my dan secara eksklusif di butik Levi’s® terpilih termasuk Mid Valley Megamall, Pavilion KL, Suria KLCC dan The Exchange TRX.