Lina Azaian punya pengikut di Instagram seramai 135 ribu ketika ini. Selain konsisten menerbitkan video-video menarik di media sosial, dia juga sebenarnya aktif sebagai model komersil dan sudah beberapa kali menjadi wajah utama pelbagai iklan. Saya mula mengenali Lina sekitar enam ke tujuh dulu sewaktu dia menjadi salah seorang pembaca EH! yang menyertai hi-tea EH! bersama L’Occitane.
Boleh kongsikan rejim penjagaan kulit Lina?
Saya utamakan konsep penjagaan yang ringkas tapi konsisten, double-cleansing wajib, hydration, rawatan kulit dan juga perlindungan dari sinar matahari.
Sebagai wanita berhijab bagaimana Lina menjaga rambut?
Saya akan pastikan rambut bersih dan kering sebelum mengenakan hijab. Saya menitikberatkan penjagaan rambut dan saya perlu faham kondisi rambut saya sendiri, sama ada kering, rosak atau kulit kepala berminyak. Produk yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan kondisi rambut.
Gaya solekan yang menjadi kesukaan Lina?
Saya sukakan solekan yang natural dengan sentuhan glowing, dan sedikit berat pada bahagian mata.
Apakah item cantik yang mesti ada dalam beg tangan Lina?
Glos bibir, krim pelindung matahari dan juga haruman mini.
Biasanya berapa lama masa diambil untuk bersiap sebelum ke sebarang acara?
Biasanya lebih kurang 40 minit ke satu jam.
Apakah jenis lagu yang Lina mainkan bila bersiap?
Apa-apa saja lagu dari Sabrina Carpenter, betul-betul menaikkan mood saya.
Siapakah ikon cantik Lina?
Siti Saleha. Bagi saya dia seorang yang elegant and effortless. Gaya solekan dan pakaiannya nampak dia seorang yang authentic dan asli.
Boleh namakan minyak wangi kesukaan Lina?
Untuk watuk malam dan jika saya ke tempat yang tertutup dengan penyaman udara, saya akan sembur Angels’ Share by Killian. Manakala untuk semburan harian saya biasanya sembur ‘Let The Good Time Rolls Body Spray’ dari Lush. Saya dapat banyak pujian dengan bau ini.
Nude lipstick kesukaan Lina?
Make Up For Ever Super Boost Lip Gloss, kod 06, Wherever Walnut.
Favourite foundation?
NARS Sheer Glow Foundation.
Maskara pilihan?
Tip Lina untuk solekan tahan lama?
Jika mahu solekan tahan lama saya biasanya menekankan empat langkah untuk prep the skin termasuk penggunaan setting spray. My favourite ialah Huda Beauty Easy Bake Setting Spray.
Siapakah selebriti Malaysia yang solekannya selalu on-point?
Bella Astilah, nampak refine and polish.
Biasanya berapa lama masa diambil untuk menyiapkan satu kandungan buat kolaborasi jenama?
Biasanya dua ke tiga termasuk proses suntingan.
Apa yang Lina suka tentang tugas sebagai content creator?
Ada banyak sebab yang membuatkan saya suka tentang menjadi content creator salah satunya ialah kebebasan berkarya dan authenticity sambil memberi inspirasi kepada orang lain untuk meraikan rasa elegan biar dalam apa juga keadaan, rupa bentuk, struggle dan personaliti.
Siapa content creator kesukaan?
Huda Kattan, bagi saya biarpun dia terkenal dan kaya-raya, saya rasa dia punya sikap yang authentic dan konsisten berkongsi nilai dengan pengikutnya. Tip solekan dia juga menarik.