Menjelangnya musim percutian, Levi’s® Asia Tenggara melancarkan kempen jean longgar bersama wajah rasminya, BamBam.
Pejam celik pejam celik, tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum tahun 2025 melabuhkan tirainya. Dan countdown menuju tahun 2026 dimulakan oleh Levi’s® dengan melancarkan kempen ‘It’s Baggy Season’, sebuah kempen yang menonjolkan gaya longgar lagi santai. Menampilkan anggota kumpulan pop Korea Selatan GOT7 iaitu BamBam, kempen ini menonjolkan bintang kelahiran Thailand ini dalam dua gaya, sedondon denim serta berpadanan jaket berwarna coklat.
Dilancarkan minggu ini, kempen ini meraikan himpunan Keluarga Baggy Levi’s® yang menyerlahkan siluet kasual yang bersahaja tapi masih kekal stail. Kempen ini mengangkat Jeans Baggy 578® sebagai bintang utamanya. Potongan ini memberi keseimbangan nan sempurna, menghubungkan sesuatu yang santai namun punya tarikan gaya yang berani. Dan saya juga menganggap seluar baggy adalah satu idea gaya yang cukup versatil.
Seperti kata BamBam, baggy jeans bukan sahaja soal keselesaan, malah ia mempunyai karakter yang tersendiri. Potongan seluarnya yang longgar, potongan yang boleh juga dianggap sebagai bold memberinya kebebasan. “They hold space, take space, dan mentransformasi gaya jalanan ke satu gaya di pentas peragaan. Dan kerana itu juga baggy mendominasi, di studio, di atas pentaa dan hari cuti,” kongsi BamBam.
BAGGY JEANS UNTUK GADIS COOL
Bukan Sahaja untuk lelaki, namun Levi’s® turut menonjolkan jean barrel untuk wanita dalam kempen ini yang menampilkan Baggy Dad Barrel, padanan lebih longgar pada siluet menarik. Helaian ini menawarkan potongan rileks berpinggang sederhana dan jahitan sisi melengkung, yang ditambah jahitan dart di lutut untuk menonjolkan bentuk kaki. Semuanya dipadankan dalam gaya sedondon denim bagi gaya jalanan serta aura gadis cool.
Kempen ‘It’s Baggy Season’ berlangsung sehingga 1 januari 2026, dan klik pautan INI untuk menerokai koleksi Baggy Levi’s®, mungkin gaya anda akan setanding BamBam dalam celana denim baggy!