Sebelum menjadi salah seorang tokoh politik paling kontroversi di dunia, Donald Trump sebenarnya sudah pun menjadi household name di Amerika Syarikat, bukan kerana politik tetapi kerana showbiz.
Dengan personaliti yang besar, gaya hidup mewah dan sikap lantang, Donald Trump sering menjadi cameo a.k.a wajah sampingan di drama TV, majalah, malah layar perak filem.
Sebelum dilantik sebagai Presiden ke-45 Amerika Syarikat, beliau terkenal sebagai ahli perniagaan berjaya dan bintang televisyen realiti menerusi rancangan popular The Apprentice. Namun, tak ramai yang tahu Trump juga pernah muncul dalam beberapa filem dan drama Hollywood, kadang hanya sekejap tetapi cukup untuk mencuri perhatian.
Hanya muncul 10 saat sahaja, ini 5 filem & drama mengejut Donald Trump
Home Alone 2: Lost in New York (1992)
Antara penampilan paling dikenali Donald Trump di layar perak. Dalam babak singkat di hotel Plaza New York (yang ketika itu dimilikinya), Trump membantu Kevin McCallister mencari arah. Walaupun hanya cameo beberapa saat, adegan ini menjadi antara detik paling ikonik dan sering dikaitkan dengannya hingga kini.
The Fresh Prince of Bel-Air (1994)
Dalam siri komedi popular lakonan Will Smith ini, Trump muncul sebagai dirinya sendiri bersama isteri ketika itu, Marla Maples. Episod ini memaparkan Trump sebagai pembeli rumah keluarga Banks, menonjolkan gaya “orang kaya berpengaruh” yang memang sinonim dengannya.
The Nanny (1996)
Trump sekali lagi muncul sebagai dirinya sendiri dalam siri komedi The Nanny yang dibintangi Fran Drescher. Penampilan ringkas ini hanya sekadar 3 minit dimana Trump sedang turun tangga dan menyapa pelakon Fran Drescher, dengan peribadi sebagai usahawan berlagak dan dia mengangkat telefonnya dan berkata kepada pemanggil, ‘Saya sudah beritahu supaya jangan hubungi saya di talian ini lagi!’
Sex and the City (1999)
Walaupun hanya muncul seketika, Trump membuat cameo dalam salah satu episod awal Sex and the City. Episod musim kedua bertajuk “The Man, the Myth, the Viagra”, di mana watak rakan Trump (dilakonkan oleh Bill McHugh), yang berusia lebih 70 tahun, cuba memikat Samantha (lakonan Kim Cattrall).
The Little Rascals
Dalam filem komedi keluarga ini, Trump memegang watak sebagai ayah kepada Waldo (lakonan Blake McIver Ewing), salah seorang kanak-kanak kaya dalam cerita tersebut. Dengan gaya serius dan tegas, watak Trump memperlihatkan imej “bapa jutawan” yang cukup sinonim dengan dirinya di dunia sebenar kaya, berkuasa dan berkeyakinan tinggi. Dalam kemunculan cameo itu, dia berkata kepada Waldo melalui telefon, “Kamulah anak terbaik yang boleh dibeli dengan wang.”
Baca: 7 Selebriti Wanita Yang Pernah Menghadapi Kanser Payudara