Ini destinasi Buffet Festive 2025 pilihan EH! bagi menutup tahun akhir bersama keluarga dan tersayang.
Menghampiri detik hujung tahun, suasana mula terasa lebih meriah dengan lampu-lampu berkilau menghiasi ruang makan, aroma sajian tradisi memenuhi udara, dan setiap hotel serta restoran mula bersiap dengan tawaran buffet festive yang cukup menggoda dan meriah.
Musim perayaan bukan sekadar tentang sambutan, tetapi juga tentang menghargai masa bersama keluarga dan rakan sambil menikmati hidangan yang penuh citarasa.
Tahun ini, pelbagai lokasi di seluruh Malaysia mempersembahkan akhir tahun yang bukan sahaja memanjakan selera, tetapi juga mencipta pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan. Dari juadah tempatan hingga sentuhan antarabangsa, inilah senarai buffet festive 2025 yang EH! pilih sebagai destinasi sempurna untuk menutup tahun dengan gaya dan kenangan indah.
1. Hilton Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur menyambut hujung tahun dengan kempen “The Season to Savor”, meraikan kehangatan dan kebersamaan melalui pengalaman menjamu selera dan penginapan istimewa dari 1 November hingga 31 Disember 2025. Antara rekomendasi:
- Christmas Eve Dinner (24 Dis | 6:30–10:30pm)
RM318 nett (dewasa) | RM148 nett (kanak-kanak)
Tarikan: The Pearl Oyster Experience, Baby Boston Lobster, Korean Cheese Dakgalbi, Six-Hour Roasted Venison, Signature Dessert Trolley - New Year’s Eve Dinner (31 Dis | 6:30–10:30pm)
RM318 nett (dewasa) | RM148 nett (kanak-kanak)
Tarikan: Seafood on Ice, Boston Lobster Thermidor, Wagyu Tomahawk Carving Trolley, Signature Dessert Trolley

2. Graze
Raikan perayaan dengan Festive Degustazione Menu (1 Nov–31 Dis) yang boleh dinikmati ketika makan tengah hari (12:00–2:30pm) atau makan malam (6:30–10:30pm). Harga bermula dari RM298 nett seorang, menampilkan Beef Short Rib Ravioli buatan tangan, Seabass Fillet atau Angus Beef Tenderloin, dan Classic Tiramisu.

3. Chynna
Nikmati Festive Set Menu (1–31 Dis | 12:00–2:30pm & 6:30–10:30pm) pada harga RM238 nett seorang. Antara tarikan juadah yang menanti ialah Signature Shredded London Duck with Rainbow Salad, Lei Cha Monk Jump Over the Wall, Musang King Crème Brûlée.

4. Iketeru
Chef Taka mempersembahkan Festive Omakase (1–31 Dis | 6:30–10:30pm) pada harga RM650 nett seorang, termasuk Monkfish Liver dengan Red Seabream, King Crab Chawanmushi, dan A5 Wagyu dengan Red Wine Miso Sauce. Ahli Hilton Honors menikmati diskaun 10% (tidak termasuk 24 & 31 Dis).
5. Oro Café & The Lounge
Raikan petang anda dengan Festive High Tea Set (1 Nov–31 Dis | 1:00–5:00pm) pada harga RM288 nett untuk dua orang. Manisan artisal seperti Marble Chicken with Pistachio Almond Dust, Beet Salmon Gravlax, Scones baru dibakar, pastri Krismas dan Traditional Fruitcake.
Baca: #EHxperience: Reviu 2 Hari 1 Malam di Hilton Petaling Jaya





