Penyanyi popular Indonesia, Raisa mengejutkan semua peminatnya apabila secara rasmi berkongsi berita perpisahannya dengan bekas suaminya, Hamish Daud minggu lalu.
Pengumuman itu dimuat naik di Instagram selepas desas-desus perpisahan itu mula bertebaran. Raisa dalam kenyataannya turut menyatakan bahawa hubungan dia dan Hamish masih baik demi anak mereka berdua. “Yang tidak akan berubah adalah cinta kami kepada Zalina,” tulisnya.

Hamish Daud dalam satu temubual sebelum ini menyatakan Raisa adalah seorang yang introvert, tidak banyak cakap. “Kalau duduk di meja makan, dengan kita, let say 5 orang, dia pasti diem, lihat makanan dan enggak tahu mesti ngomong apa. She’s so quite, she’s actually very shy girl. Dia lebih sering curhat di depan 50.000 orang dibanding sama aku,” katanya.
Dari kata Hamish Daud itu, kami bariskan lima lagu patah hati Raisa yang mungkin juga satu curahan rasa duka Raisa dalam lagu.

APALAH (ARTI MEMNUNGGU)
Lagu ini menceritakan seorang wanita yang mahu meletakkan titik noktah pada perhubungan yang selama ini dia rasakan akan berhasil. Walaupun puas memberi peluang dan masa, namun dia mula sedar semuanya harus dihentikan.
“Sekarang aku tersadar,
Cinta yang kutunggu tak kunjung datang,
Apalah arti aku menunggu,
Bila kamu tak cinta lagi”
USAI DI SINI
“Ku kan menunggu tapi tak selamanya”, itu antara sebaris lirik yang membuat saya membatu, terikat. Satu lagi lagu yang menceritakan bagaimana kuatnya seorang wanita yang berani untuk keluar dari perhubungan yang toksik, mungkin. Enough is enough. Semuanya sudah berakhir.
“Lebih baik kita usai di sini,
Sebelum cerita indah
Tergantikan pahitnya sakit hati
Bukannya aku mudah menyerah tapi bijaksana,
Mengerti kapan harus berhenti”
TERSERAH
Lagu ini dipetik dari album terkini Raisa berjudul ‘Ambivert’. Lagu ini seakan sinonim dengan perpisahan realiti Raisa dengan bekas suaminya. Lagu ini bercerita tentang perhubungan yang hanya diusahakan oleh satu pihak sahaja. Sesiapa yang sedang melalui perhubungan yang retak menanti belah pastinya terasa sakit dengan bait lirk, “Ternyata ini rasanya, ditingga; berjuang sendirian”.
“Kau akhirnya goyah juga,
Bukan bertahan bersama,
Malah kau juga harus kuyakinkan”
BIARKANLAH
“Tiada pemenang, kau dan aku hanya bisa bertahan”, antara bait yang kuat menarik saya pada lagu ini. Bagi saya ini sebuah lagu perpisahan yang mahu diakhiri dengan perasaan yang ‘redha’, mahu move on tanpa ada rasa sesal atau kebencian. Bila rasa sudah hilang, apa mahu ditunggu lagi kan?
“Benar atau salah kini tiada bererti,
Biarkanlah sekuat tenaga, ku harus melepasnya”
TAK BERHARAP LAGI
“Dalam hati ini, duka jadi penghuni”, lagu ini berbicara tentang seseorang yang sudah terbiasa dengan kekecewaan. Bila mana perasaan sedih itu bagaikan sudah terlalu biasa, hingga sudah tiada rasa apa-apa. Bila anda terlalu percaya pada seseorang, bila kepercayaan itu dikhianati, sukar untuk membuka pintu hati untuk siapa-siapa. Sudah tidak mengharap cinta dari siapa-siapa lagi.
“Kaulah alasan ku tak lagi percaya cinta,
Kau yang selalu membuatku nyaman dengan kecewa”
