Jika anda tanyakan saya apakah warna paling popular pada hujung tahun ini, coklat adalah jawapannya. Warna ini mendominasi street style di minggu fesyen terbaru.
Hitam mungkin sudah jadi warna yang membosankan bila tibanya musim luruh. Ia sudah jadi warna yang sudah dijangka. Jika mahu bertukar atmosfera, coklat adalah warna untuk anda pakai hujung tahun ini. Kami himpunkan gaya menarik yang kami lihat di minggu fesyen baru-baru ini.

Saya sukakan gaya Caroline Issa saat di muncul di minggu fesyen Milan. Dia memadankan gaya checked dalam ton biru pada baju dan seluarnya bersama blazer coklat. Idea mix and match ini memang diluar jangka.

Satu lagi gaya Caroline Issa yang saya suka. Ringkas dalam warna sedondon bersama perincian bulu pada skirtnya. Dia mengenakan padanan ini ketika menghadiri pertunjukan Ferragamo.

Aimee Song hadir dalam persalinan coklat untuk jaket kulit dan jumper saat menghadiri pertunjukan Miu Miu. Dan dia melengkapkan gayanya dengan seluar kelabu. Kinda nice combo!

Ini antara rakaman gambar di minggu fesyen Yerevan. Padanan paling kasual untuk warna terhangat musim ini bersama seluar denim biru lusuh. Ini idea yang bila-bila saja kita boleh ikut.

Olivia Dean dipakaian Burberry head-to-toe in brown termasuklah kasut butnya. Corak genggang atau checked menjadikan look ini cukup klasik dan mewah.

Satu lagi idea ringkas untuk anda yang tidak mempunyai banyak helaian berwarna coklat. Cukup sekadar padankan jaket suede bersama bralet renda dan seluar berpotongan longgar hitam. Simply chic!

Gaya ranggi bekas Miss Universe kelahiran Filipina, Pia Wurtzbach. Long jacket yang dipadankan bersama but warna yang sama.

Nah, anda juga boleh memadankan jaket kulit berpotongan longgar bersama skirt pensel dan stileto. Cukup stail!

Saya perhatikan hujung tahun ini banyak yang menyarung helaian corak genggang/checked dan dipadankan dengan helaian polos. Seperti look ini, jaket dan but digayakan dalamw arna yang sama, malah material yang sama, suede.

Satu lagi gaya yang anda boleh ikut dengan mudah. Jaket suede dipadankan bersama skirt potongan- A. Dalamnya dipadankan dengan jumper, dan jangan lupa tali pinggang untuk gaya yang lebih ‘langsing’.
