Perubahan idol K-Pop ini bukan sahaja meningkatkan visual mereka di atas pentas, tetapi juga menonjolkan keyakinan diri dan aura yang lebih matang.
Transformasi idol K-Pop selalu menjadi topik hangat, terutama apaibila melibatkan perubahan berat badan.
Glow up mereka bukan sahaja melibatkan penampilan fizikal tetapi juga disiplin, kesabaran, dan gaya hidup sihat. Namun, penting untuk diingat bahawa setiap perubahan berat badan mereka berlaku secara berperingkat dan penuh usaha, bukan sekadar demi imej semata-mata.
Menginspirasikan! Dari ‘before’ hingga ke ‘after’, 5 idol K-Pop ini mengejutkan peminat dengan glow up mereka.

1. T.O.P Big Bang
T.O.P, atau Choi Seung-hyun daripada Big Bang, telah mengalami perubahan fizikal yang ketara sepanjang kerjayanya, termasuk berat badan dan imej tubuh. Pada awal debutnya sekitar tahun 2006, berat badannya dianggarkan sekitar 70–72 kg, tetapi berjaya menurunkan 20 kilogram dalam masa hanya 40 hari! Motivasi T.O.P untuk menurunkan berat badan sebanyak itu datang daripada janji Yang Hyun Suk daripada YG Entertainment yang mengatakan dia boleh debut jika berjaya menurunkan berat badan.

2. Kang So Ra
Kang So Ra pernah dikatakan mempunyai berat badan lebih tinggi daripada purata, sehingga mencecah lebih 72 kg ketika zaman kanak-kanak dan awal remaja. Pada masa itu, tubuhnya lebih berisi dan tidak kurus seperti sekarang. Kini, Kang So Ra tampil dengan tubuh yang langsing dan fit. Walaupun badan beliau cenderung mudah naik berat, beliau menekankan usaha dan disiplin tinggi dalam menjaga diet dan rutin senaman untuk mengekalkan bentuk badan ideal.

3. Jeongyeon TWICE
Jeongyeon daripada TWICE mengalami perubahan berat badan yang ketara akibat isu kesihatan serius. Pada 2020, beliau menjalani pembedahan untuk herniated disc, dan ubat yang diambil untuk pemulihan menyebabkan kesan sampingan termasuk penambahan berat badan. Selain itu, beliau menghadapi panic dan anxiety disorder, yang membawa kepada cuti rehat pada 2021. Selepas tempoh pemulihan dan rehat kesihatan, Jeongyeon kini telah kembali mengekalkan berat badan yang lebih stabil dan tampak fit!

4. Uee After School
Uee daripada After School berkongsi tentang transformasi fizikalnya semasa menjadi personal trainer dalam K-Drama. Uee dikatakan mempunyai berat badan sihat, tetapi untuk body profile photoshoot, Uee terpaksa menurunkan 10 kg dalam sebulan dan membina otot perut. Uee turut berkongsi bahawa dia pernah merasa tertekan kerana punyai imej “honey thighs” dan pernah berdiet ekstrem, tetapi kini dia menumpukan pada kesihatan, makan dan bersenam dengan baik.

5. HyunA 4minute’s
Dalam satu rancangan TV terdahulu, HyunA mendedahkan bahawa dia mula berdiet selepas dibandingkan dengan penyanyi Shin Jung Hwan. Kritikan itu mendorongnya menjalani diet ketat, termasuk menggunakan tangga untuk bersenam dan menjauhi makanan yang dibuat daripada tepung. HyunA berjaya menurunkan 17 kg (37.5 lb).
