Koleksi pakaian knitwear pertama UNIQLO bersama KAWS, artis yang mendefinisikan semula budaya pop, menampilkan gabungan seni dan fesyen dalam gaya hangat penuh warna untuk musim perayaan.
“Untuk koleksi pertama saya sebagai Artist in Residence UNIQLO, saya gembira dapat mengembangkan kerjasama ini ke dalam knitwear mereka. Saya memang menggemari sweater keluaran UNIQLO dan ingin menghasilkan koleksi asas harian yang sesuai dipakai sepanjang musim sejuk”, kongsi KAWS.
Jenama pakaian global UNIQLO hari ini mengumumkan pelancaran KAWS WINTER, koleksi pakaian knitwear istimewa oleh UNIQLO dan KAWS, artis yang baru dilantik sebagai Artist in Residence jenama tersebut. Setiap item menampilkan motif tanda tangan “XX” atau karakter ikonik COMPANION hasil karya KAWS, menonjolkan gabungan antara seni dan fesyen. Koleksi yang penuh warna dan kehangatan ini membolehkan semua orang menikmati musim perayaan dengan gaya tersendiri.
Gaya sofistikated dan keselesaan UNIQLO dengan sentuhan kreatif KAWS
Kolaborasi antara KAWS dan UNIQLO, yang sebelum ini tertumpu pada rekaan kasual seperti cut-and-sew, kini diperluas untuk merangkumi lebih banyak pilihan LifeWear. Koleksi KAWS WINTER menampilkan motif blok warna merah, hijau dan kuning – sempurna untuk musim perayaan.
Aksen sulaman COMPANION dan “XX” menambah sentuhan istimewa pada pakaian rajut dan aksesori utama UNIQLO, yang bukan sahaja memberi kehangatan tetapi juga melambangkan hubungan dengan insan tersayang — sesuai dijadikan hadiah.
Pemilihan fabrik knitwear dan pelbagai aksesori
Koleksi knitwear ini termasuk item kasimir, terkenal dengan teksturnya yang mewah, serta bulu kambing biri-biri (lambswool) yang lembut dan hangat. Koleksi Kanak-kanak (Kids) pula menampilkan material Souffle Yarn™ yang lembut.
Koleksi ini turut merangkumi enam jenis aksesori. Topi knitwear (beanie) dan sarung tangan dengan fungsi HEATTECH dihiasi motif “XX”, manakala skarf dua warna (bicolor scarf) sesuai sebagai pelengkap gaya. Untuk kanak-kanak, terdapat topi rajut, sarung tangan (mittens), dan neck warmer dalam warna-warna yang sepadan dengan sweater Souffle Yarn™ bagi memudahkan padanan gaya.
Cashmere Crew Neck Sweater, RM499.90
Lambswool Crew Neck Sweater, RM149.90
HEATTECH Beanie, RM79.90
HEATTECH Knitted Scarf , RM129.90
HEATTECH Knitted Gloves, RM79.90
Souffle Yarn Crew Neck Sweater, RM129.90
HEATTECH Souffle Yarn Knitted Cap, RM49.90
HEATTECH Souffle Yarn Knitted Neck Warmer, RM49.90
HEATTECH Souffle Yarn Knitted Mittens, RM49.90
Koleksi KAWS ini akan dilancarkan bermula 21 November, dan ia akan mula dijual di stor UNIQLO Fahrenheit88 dan laman web rasmi uniqlo.com
Baca:
Pufftech, Taruhan Teknologi UNIQLO : C Untuk Musim Luruh 2025
Daiyan Trisha & Phei Yong Bawa Gaya Ikonik Dalam Kempen ‘Timeless T’ Uniqlo Malaysia
Koleksi Uniqlo x Anya Hindmarch, Gabungan Praktikal dan Playful





































