Maya Letisha, satu figura yang mengekspresikan dirinya melalui muzik, gaya, dan perjalanan hidup yang berani. Bijak dan berdikari, dia pernah menimba ilmu di luar negara, pengalaman yang membentuk pandangannya terhadap kehidupan. Sebagai seorang trendsetter muda dalam dunia fesyen, Maya terus menjadi inspirasi dengan gaya, kreativiti, dan keaslian yang memikat ramai.
Pada skala 1 hingga 10, sejauh mana anda teruja dengan kehidupan anda sekarang?
10/10
Perkara terbaik yang berlaku kepada anda tahun ini?
Menjadi seorang DJ! Saya rasa itu sesuatu yang sangat tidak dijangka, tetapi saya memang sukakan kejutan dan “side quests” dalam hidup.
Siapakah individu yang paling banyak mempengaruhi anda semasa membesar?
Sudah tentu orang di sekeliling saya — terutama ibu bapa saya yang membesarkan saya hingga menjadi diri saya hari ini. Ketabahan, kekuatan dan sifat berdikari mereka banyak membantu saya menjadi versi terbaik diri saya sendiri.
Siapakah yang anda kagumi dalam bidang anda dan mengapa?
Saya sangat mengagumi Veneda Carter dan Sierra Renas. Kedua-duanya ikon gaya yang menetapkan standard yang saya impikan dalam fesyen dan gaya peribadi.
Bagaimana anda mengekalkan motivasi dan inspirasi diri?
Saya mudah terinspirasi, tetapi saya juga berusaha untuk kekal bermotivasi. Memang sukar untuk tidak membandingkan diri dengan orang lain, tetapi setiap orang ada perjalanan dan masa masing-masing — dan kita semua berkembang dengan cara yang berbeza. Saya cuba sentiasa ingat perkara itu.

Cara terbaik untuk berehat atau melepaskan tekanan?
Saya sangat sukakan pilates, tetapi pada hari-hari di mana saya rasa malas atau lesu, saya akan pergi untuk urutan penuh sehari, atau jika tidak, saya akan manjakan diri dengan hari spa di rumah.
Apakah perkara paling mencabar atau berani yang pernah anda lakukan/alami?
Menaiki bot di selatan Perancis dan menjelajahi kawasan pantai — sangat menyeronokkan!
Pernahkah anda diberitahu untuk mengubah sesuatu tentang diri anda?
Tidak juga. Saya rasa ia banyak bergantung pada siapa yang anda kelilingi diri anda dengan. Dari segi “mengubah diri”, tiada siapa pernah suruh saya melakukannya. Tapi untuk memperbaiki diri — sudah tentu. Saya sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik dalam kerjaya, dan juga dalam hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan.
Apakah maksud “kejayaan” bagi anda selain daripada angka dan kemasyhuran?
Rasa puas dan tenang dengan diri sendiri. Saya rasa seperti ramai orang lain, saya sering terdorong untuk mencapai perkara yang lebih besar dan hebat setiap masa, sampai kadang terlupa untuk hidup dengan niat yang jelas. Jadi sekarang saya amalkan untuk menetapkan matlamat yang memberi makna dan membantu membentuk kehidupan saya dengan lebih baik.
Apakah pengajaran terbesar yang anda pelajari tentang diri anda sepanjang tahun lalu?
Saya belajar bahawa saya telah menjadi sangat berdikari selepas pulang dari belajar di luar negara. Cara saya melihat kehidupan juga telah berubah — saya lebih suka lakukan sesuatu sendiri supaya saya dapat mengawal arah hidup saya.
Bagaimana proses kreatif anda berubah seiring dengan perkembangan peribadi anda?
Saya kini lebih memilih untuk melakukan sesuatu dengan niat dan mengikut gerak hati. Saya tidak lagi terlalu memikirkan setiap perkara, sebaliknya saya belajar untuk mempercayai naluri saya.
Arahan Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Arahan Seni: Amirul Arif, Fotografi: Edmund Lee, Hexa Production, Penata Gaya: Erdina, Pembantu Penyelaras: Farah Ain, Solekan: Sahir Sabri, Dandanan: Yusof Ruzaimi
Baca: #EHTOP20 Eros Erfe
