Setiap minit di trek, setiap sesi pemanasan, bahkan setiap detik sebelum latihan bermula memberi impak kepada keseluruhan prestasi atlet termasuk kasut larian dipakai.
Di sinilah kasut larian hands free muncul sebagai inovasi baharu yang mengubah pengalaman pelari moden. Direka untuk dipakai dan ditanggalkan tanpa menggunakan tangan, kasut jenis ini menawarkan penyelesaian yang lebih pantas, bersih dan efisien.
12 kasut larian hands free terbaik khusus untuk pelari profesional.
Dikuasakan teknologi prestasi untuk larian lebih lancar. Tambahan pula, seluruh koleksi ini boleh dicuci mesin, menjadikannya pilihan praktikal untuk pelari yang aktif.
Lelaki – Max Run Pacewave
Wanita – Max Run
Lelaki – Max Run
Direka untuk pelari moden yang mengutamakan kelajuan, stabiliti dan gaya, Performance Max Run Men’s Collection hadir dengan penampilan yang lebih tajam dan responsif. Setiap pasang menawarkan tapak yang lebih ringan, kusyen yang memantul tenaga serta struktur ergonomik yang memastikan langkah sentiasa bertenaga.
Wanita – Max Run
Koleksi wanita tampil lebih elegan dengan tona lembut dan rekaan yang seimbang antara prestasi serta gaya harian. Performance Max Run Women’s Collection memberi kepantasan yang lebih responsif, keselesaan premium dan sokongan yang stabil untuk setiap pergerakan daripada larian jarak jauh hingga sesi cross-training.
Dengan harga bermula daripada RM439, Skechers Hands Free Slip-ins®: Max Run kini didapati di rangkaian kedai Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall dan 1 Utama Shopping Centre.
Untuk kemudahan pembeli, koleksi ini turut ditawarkan secara dalam talian di Skechers.com.my.
Baca: Tampil Bergaya dan Selesa dalam Koleksi Skechers GOwalk Max Cushioning Arch Fit











