Shalma Eliana, penyanyi dan pelakon, dan kini dia mahu senang dengan branding sebagai ‘YANA’. Bermula dengan single pertama lebih kurang tujuh tahun dulu (Janji Terindah), Yana juga cuba mengembangkan bidang seninya dengan melibatkan diri dalam bidang lakonan. Dia pernah membintangi filem ‘Dendam Penunggu’ yang turut dibintangi Bella Dowanna dan Shasha Abedul. Yana ketika ini sedap mempersiapkan diri untuk ‘relaunch’ karya muziknya sedikit masa lagi.
Dalam skala 1-10, sejauh mana keterujaan tentang kehidupan Yana hari ini?
One to ten, 10/10 Yana teruja dengan kehidupan hari ini. Kerana Yana ada banyak perkara yang ada dalam perancangan khususnya muzik. Selepas lebih kurang tiga tahun tanpa sebarang lagu, projek terbaru yang bakal Yana lancarkan nanti adalah satu era baru bagi YANA.
Hal terbaik berlaku tahun ini?
Yana rasa perkara terbaik tahun ini ialah apabila Yana mengenali lebih ramai orang, amazing people that I look up to. Banyak yang Yana belajar dengan orang-orang ini. Ada yang Yana sendiri tak sangka diberi peluang berjumpa khususnya idola-idola muzik. To be inspired, bertemu orang yang hebat saya anggap satu rezeki.
Siapakah individu yang memberi inspirasi sewaktu Yana membesar?
Inspirasi utama sewaktu saya membesar semestinya Adele dan Alicia Keys. Kedua-duanya mempengaruhi saya dalam banyak perkara. Sama ada sebagai seorang artis, penulis lagu dan juga sebagai seorang penyanyi yang berjiwa, termasuklah juga sebagai seorang manusia. Dari segi kecantikan pula saya suka melihat video-video Bretman Rock.
Hari ini, siapa pula individu dalam industri yang mempengaruhi serta memberi inspirasi?
Saya mengagumi Olivia Dean dan Clairo. Bagi saya mereka mempersembahkan karya seni mereka sangat authentically, gracefully, sincerely and meaningfully. Saya suka kedua-duanya kerana bagi saya mereka jujur dengan diri mereka, menjadi diri sendiri. Saya teraspirasi untuk mencari diri hari demi hari, sematang mungkin sebagai seorang artis seperti mereka.
Cara Yana merehatkan diri?
Yana senang dan suka dengan urutan badan terutama sekali bau aroma terapi yang membuatkan my nervouse system berasa lebih tenang. Selain itu Yana suka berjalan di taman, dikelilingi kehijauan dan udara yang segar. Matahari, udara yang segar, bunyian alam, itu yang saya perlukan untuk reset.

Bagaimana Yana kekal bermotivasi?
Yana akan pastikan yang Yana ada perbualan dengan orang yang optimistik, bagi Yana optimism mereka secara tak langsung memberi inspirasi. Saya perasan akan hal ini berulang kali. Selain itu, membaca juga membantu. Bila saya membaca ia memberi saya idea dan persepktif baru, begitu juga inspirasi dan motivasi.
Apakah perkara paling mencabar yang pernah kamu lakukan?
Bagi Yana, pergi menonton bermacam-macam konsert di pelbagai negara secara sendirin adalah hal yang paling mencabar yang pernah saya lakukan. Saya berkenalan dengan ramai teman di konsert, menjadi lebih berani untuk menerokai lebih banyak kota. Dan sebenarnya menetap di London selama dua tahun tanpa pulang ke tanah air adalah pengalaman yang mencabar sebenarnya. Bekerja sebagai pelayan restoran, bertemu dengan kawan-kawan baru, bila diingat kembali itulah antara adventurous things sebenar.
Pernahkah Yana diminta mengubah sesuatu tentang diri Yana?
Pernah!
Apakah definisi kejayaan bagi Yana?
Kejayaan bagi saya adalah tranquility. Kejayaan itu bila kita berpeluang melakukan apa yang kita suka, memberi inspirasi kepada orang lain serta berasa tenang. Wang adalah motvasi tetapi hidup yang tenang, baik menta dan emosi adalah sesuatu yang amat berharga.
Arahan Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Arahan Seni: Amirul Arif, Fotografi: Edmund Lee, Hexa Production, Penata Gaya: Erdina, Pembantu Penyelaras: Farah Ain, Solekan: May May, Dandanan: VV Chan
BACA: #EHTOP20 Maya Letisha
