Toss Toss! Beri laluan kepada gaya selebriti Malaysia di Wicked For Good Premiere Singapura, daripada elegan moden hingga sentuhan glam yang memukau!
Malam premiere Wicked For Good di Singapura pada 13 November 2025 bukan sahaja menjadi acara yang dinanti-nantikan pencinta teater, malah turut menjadi pentas fesyen yang magikal dan memukau.
Bertempat di Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, malam itu menyaksikan kehadiran barisan selebriti Malaysia yang menyerlahkan aura glamor dan personaliti tersendiri, menjadikan karpet hijau penuh warna dan gaya.
Penuh karakter, personaliti dan sedikit magic ala Wicked, lihat gaya selebriti Malaysia di Wicked For Good Premiere Singapura
Aisha Retno
Busana ini membawa signature RASHIDMOSHI yang berani, eksperimental, dan penuh penceritaan visual. Siluet asasnya menggunakan fabrik satin lembut dalam rona merah jambu pastel, membentuk draping longgar yang mengalun jatuh dari bahu ke lantai. Potongan ini memberi aura feminin yang romantik dan flowy, seolah-olah watak mitos yang baru muncul dari kabut magis. Korset berstruktur dipenuhi sulaman 3D, labuci, manik, dan elemen flora yang seakan hidup. Lapisan warna ungu, jingga, hijau, dan keemasan berjalin dengan bentuk manik yang menjuntai, mencipta kesan seperti enchanted vines yang memeluk tubuh.

Daniel Cheang
Menggayakan rekaan oleh Sodiqin Shaz sebagai sebuah naratif visual tentang keberanian dan keanggunan. Suit hitam berpotongan moden dengan ilham blazer minimalis mencipta garis tubuh yang tegap penuh sofistikasi. Potongan V mendalam di bahagian dada menonjolkan elemen maskulin. Elemen paling memukau hadir melalui hiasan tangan berkilau perak sebagai aksesori avant-garde yang memecahkan kesenyapan ton monokrom dengan permainan cahaya dan tekstur. Dipadankan dengan ekor kain bermotif songket tradisional yang mengalun di belakang.

Ili Ruzanna
Direka daripada fabrik berona pastel lembut yang dipenuhi perincian manik dan labuci halus. Coraknya membentuk linear embellishment yang memanjang mengikut garis tubuh, memberi ilusi aura glam klasik.
Dihiasi dengan sulaman sarat yang tampak seperti dedaunan atau motif organik, membangkitkan vibe fantasi seolah-olah watak dari dunia Oz versi haute couture. Manik yang berkilau di bawah cahaya pentas menambahkan efek berkilat yang dramatik tetapi tetap refined. Elemen bulu lembut di bahagian lengan dan pinggang memberi tekstur ekstra, menjadikan keseluruhan busana lebih hidup dan mewah.

Johanis Sani
Gaun ini hadir dalam siluet figure-hugging yang memanjang hingga ke lantai, direka dalam rona pastel lembut antara nude dan blush yang memberi aura feminin, lembut dan romantis. Potongannya menonjolkan bahu dan neckline tanpa lengan, menjadikan keseluruhan look sangat polished dan feminim. Bahagian paling memukau tentulah fabrik sarat dengan 3D floral appliqué, sulaman halus dan taburan manik yang memantulkan cahaya.

Marion Caunter
Walau tidak menggayakan fesyen Wicked, Marion Caunter tetap glam disisi anaknya, menyambut kedatangan Ariana Grande di karpet permaidani.

Ceddy Ang
We love this look! Ceddy Ang tidak pernah mengecewakan karpet merah, kali ini menyarungkan suit dengan potongan statement hijau wicked dihiasi perincian pelbagai aksesori tekstur seperti manik, patch, pom-pom, dan embellishments berbentuk floral serta metalic stud, menjadikannya kelihatan seperti busana fantasy couture. Tali tassel panjang pelbagai warna (merah marun, beige, putih dan hijau) menggantung di bahagian hadapan dan sisi, memberi ilusi gerakan dramatik serta wizard-inspired.

Tengku Mer
Menampilkan gaya modern fantasy couture yang memadukan kelembutan dan keberanian melalui pilihan warna baby pink yang romantis, namun tetap berkarisma. Siluet double-breasted suit dengan potongan kemas dan straight-cut trousers memberi sentuhan tailored elegance, manakala perincian hiasan bulu yang terletak pada bahagian dada, lengan serta hujung seluar menambah elemen dramatik, ethereal dan berinspirasikan watak dunia fantasi.

Atilia Irdina
Penampilan ini menampilkan gaya anggun dan feminin dengan sentuhan elegan yang lembut. Gaun bercorak pastel yang dipenuhi ton merah jambu, kuning dan putih dengan efek berkilau mencipta ilusi tekstur romantik, ringan dan dreamy, sekali gus memberi aura lembut serta manis. Pemilihan shawl putih yang dilabuhkan secara longgar menambah lagi unsur sopan dan flowy sambil mengimbangi corak gaun yang lebih menonjol.

Batrisyia Razak
Gaya yang quirky, vintage dan berinspirasikan dunia fantasi. Blazer hijau oversized yang longgar memberi rupa santai tetapi tetap kemas, sementara skirt midi bercorak plaid menambah sentuhan retro yang lembut dan akademik. Padanan stoking putih dengan kasut ballerina hitam pula menghadirkan elemen klasik ala gaya sekolah lama, menjadikan keseluruhan penampilan kelihatan youthful dan comel.
Baca: Musim Percutian Berkilauan Dengan Swarovski & Ariana Grande


