Musim perayaan 2025 semakin dekat, dan saatnya untuk mencari hadiah sempurna buat insan tersayang!
Musim perayaan 2025 sudah menghampiri, dan seperti biasa, cabaran paling menyeronokkan adalah mencari hadiah yang tepat untuk insan tersayang.
Tidak kira sama ada untuk keluarga, sahabat rapat, atau pasangan, hadiah yang dipilih bukan sekadar simbolik, tetapi juga membawa makna dan cerita di sebaliknya.
Lima idea hadiah bawah RM400 yang mesra poket, tetapi sempurna untuk menyambut musim perayaan dengan penuh kegembiraan.

SOL DE JANEIRO SMOOTH & GLOW BUM BUM BODY ROUTINE (RM245)
Set hadiah yang membangkitkan kehangatan tropika Brazil, sempurna untuk menyuntik mood perayaan yang lebih ceria. Dalam satu rutin lengkap, anda akan menikmati Brazilian Bum Bum® Cream yang terkenal dengan tekstur kaya dan kesan menghaluskan, diikuti Brazilian Play Moisturizing Shower Cream-Gel yang membersihkan sambil melembapkan kulit. Cheirosa 62™ Perfume Mist pula memberikan semburan aroma karamel-pistachio ikonik yang hangat dan menggoda, manakala Brazilian Kiss Cupuaçu Lip Butter melengkapkan pengalaman dengan bibir yang lembut dan terhidrat. Hasilnya? Kulit terasa lembut, harum dan bersinar seolah-olah anda dibawa ‘bercuti’ ke pantai Rio, meskipun musim hujan atau sejuk melanda.

GUERLAIN “TALE OF WONDERS” HOLIDAY COLLECTION (Bermula dari RM180)
Guerlain “Tale of Wonders” Holiday Collection (RM180 ke atas) mengajak anda memasuki alam magis ciptaan Géraldine Gonzalez, sebuah dunia penuh fantasi, cahaya dan seni pertukangan mewah yang menjadi identiti rumah Guerlain. Koleksi perayaan ini mempamerkan perincian halus dan estetika artistik, antaranya Ombres G Eyeshadow Quad 520 Stellar Glow (RM503) dengan ton berkilau yang mencipta dimensi elegan pada mata, serta Météorites Midnight Glow (RM384), butiran mutiara bercahaya yang memberikan efek kulit lembut, berseri dan bertona sekata. Diikuti, The Bee Bottle by Géraldine Gonzalez (RM102,500), sebuah karya seni eksklusif yang menggabungkan warisan ikonik Guerlain dengan sentuhan fantasi moden.

KRAVEBEAUTY BARRIER CARE KIT (RM175)
Kulit sihat tak kenal musim, dan KraveBeauty Barrier Care Kit membuktikannya dengan rutin penjagaan diri yang ringkas namun menyeluruh. Di dalamnya, Matcha Hemp Hydrating Cleanser membersih dengan lembut tanpa menanggalkan lembapan semula jadi kulit, sementara Oat So Simple Water Cream memberikan hidrasi ringan yang menenangkan. Great Barrier Relief Serum pula bertindak memulihkan dan menguatkan penghadang kulit, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang berdepan kulit sensitif atau mudah teriritasi. Sesuai untuk semua jenis kulit, trio lembut ini memastikan kulit kekal tenang, seimbang dan bersinar sepanjang musim perayaan!

ANASTASIA BEVERLY HILLS MINI EMBERS & MINI COZY EYESHADOW PALETTES (RM160)
Anastasia Beverly Hills Mini Embers & Mini Cozy Eyeshadow Palettes (RM160) hadir sebagai duo comel yang sempurna untuk menambah kehangatan glam pada musim perayaan anda. Palet Mini Embers memikat dengan rona tembaga, emas dan gangsa ideal untuk mencipta solekan berkilau yang tampak effortless namun memukau di bawah cahaya perayaan. Sementara itu, Mini Cozy menawarkan kombinasi matte lembut dan shimmer berona berry serta neutral hangat, sesuai untuk menghasilkan look manis, intim dan serba versatile.

OUAI SEASON’S GREETINGS FROM ST. BARTS TRIO (RM350)
OUAI Season’s Greetings from St. Barts Trio (RM350) menghadirkan suasana pulau tropika terus ke rumah anda seakan memindahkan aura percutian pantai ke dalam rutin harian. Set ini merangkumi Hair Oil in St. Barts untuk rambut yang berkilau dan terlindung, Leave-In Conditioner in St. Barts yang melembutkan serta menguraikan rambut dengan mudah, dan Hair & Body Mist in St. Barts yang memberikan semburan haruman segar, sensual dan hangat. Dengan nota buah naga, orange blossom dan Baltic amber, trio edisi terhad ini mencipta pengalaman sensorial yang menenangkan dan eksotik, menjadikan setiap penggunaan terasa seperti getaway kecil.
