Sudah tiba masanya untuk kita kembali ke Bedrock, tetapi dengan sentuhan bergaya yang super chic! Musim ini, Carlo Rino menghidupkan semula memori zaman kanak-kanak kita melalui Carlo Rino The Flintstones Special Edition Collection, satu koleksi yang menggabungkan keriangan kartun klasik dengan gaya fesyen moden yang penuh personaliti.
Kalau anda membesar dengan Fred, Wilma, Pebbles dan tentu sekali Dino yang comel itu, anda pasti akan jatuh cinta semula. Koleksi ini bukan sekadar throwback, tetapi ingin mengingati nostalgia dengan twist fesyen yang bold.
Bedrock Bertemu Fesyen, Koleksi Mengujakan
Koleksi edisi khas ini hadir dengan 10 item eksklusif iaitu lima beg tangan, tiga dompet, sepasang sneakers, dan satu T-shirt. Setiap satunya direka dengan elemen grafik The Flintstones yang playful, namun diadun dengan estetika Carlo Rino yang feminin dan moden.
Daripada bucket bag berperincian pebble-print hingga sneakers berinspirasikan Dino, setiap rekaan membawa mood ceria dan karakter tersendiri, ibarat membawa sebahagian dunia Bedrock ke dalam gaya harian anda.
The Flintstones Bucket Bag (S & M)
Pilihan sempurna untuk pencinta gaya santai tetapi stylish. Padankan dengan denim atau dress ringkas, nampak fun dan effortless.
The Flintstones Hobo dan Crossbody
Rekaan versatil untuk wanita moden yang aktif. Cukup ruang, gaya, personaliti.
The Flintstones Wallets dan Card Holder
Aksesori kecil yang beri impak besar. Ideal untuk dijadikan koleksi atau hadiah buat peminat tegar The Flintstones.
The Flintstones Sneakers
Pilihan playful untuk lengkapkan gaya street chic. Selesa, ringan dan berkarakter.
The Flintstones T-Shirt
Statement piece minimal tapi ikonik, sesuai digayakan dengan skirt, jeans atau layer bawah blazer.
Nostalgia Untuk Millennials, Gaya Untuk Semua
Dicipta khusus untuk mereka berusia 25 hingga 50 tahun yang gemar membeli-belah dan mempunyai minat terhadap beg tangan serta kasut, koleksi ini membawa kita kembali kepada memori menonton kartun kegemaran sambil tetap mempamerkan gaya matang yang classy.
Ia adalah koleksi fashion-meets-childhood, penuh warna, ceria dan penuh karakter. Carlo Rino berjaya mencipta keseimbangan antara elemen retro dan gaya masa kini, menjadikan seluruh rangkaian ini sangat menarik dan kolektibel.
Sedia untuk bawa pulang sebahagian dunia Bedrock? Terokai keseluruhan Koleksi Edisi Spesial Carlo Rino The Flintstones di laman rasmi mereka.
Baca: Gabungan Gaya dan Kuasa, Carlo Rino Perkenal Edisi Khas Superman








