New month, new kicks! EH! himpunkan tujuh pilihan kasut ‘must-have’ untuk lengkapi gaya anda bulan Disember!
Bulan Disember hadir dengan pelbagai koleksi kasut terbaru yang confirm akan jadi wishlist fesyenista! Dari ???, hingga ???, pilihan kali ini hadir dengan penuh variasi.
EH! kumpulkan tujuh kasut pilihan patut ada bulan Disember ini, sesuai untuk yang suka tampil chic ke pejabat, santai hujung minggu, atau glam di acara malam.
FENTY x PUMA Avanti LS-X Sneakers Unisex
Keluaran terbaharu FENTY x PUMA menghidupkan semula warisan bola sepak melalui sentuhan estetika Rihanna yang begitu ikonik. Menggabungkan elemen sukan dan gaya seperti hanya Rihanna mampu lakukan, koleksi ini menampilkan palet warna yang berani dan bertenaga—menyerlah di padang, di jalanan, di mana sahaja anda bermain.
RM579
Sam Endelman, Michaela Bling Mary Jane Flat
Michaelabling Mary Jane menggabungkan tali yang anggun dengan kilauan memukau, menjadikannya flat ideal untuk anda yang inginkan keselesaan tanpa menyingkirkan aura glamor.
Harga: RM1,150
Birkenstock, Boston BS
BIRKENSTOCK Boston ialah klasik sebenar yang mudah digayakan sepanjang tahun. Direka dengan sentuhan sofistikated serta boleh dilaras mengikut keselesaan, model ikonik ini kekal menjadi pilihan ramai.
Bahagian atasnya diperbuat daripada suede yang sangat lembut, membelai kaki seperti lapisan kulit kedua.Talinya pula menggunakan kulit nubuck tebal yang diolah dengan kemasan oiled dan tepi terbuka untuk gaya yang lebih premium.
Harga: RM859
New Balance, Joe Freshgoods X New Balance 2010
ABZORB 2010 menggabungkan gaya baharu yang progresif dengan elemen klasik, menampilkan tapak ABZORB bersegi bersaiz besar dan bahagian atas mesh knit berlian untuk rupa moden.
Kolaborasi Joe Freshgoods menggunakan tekstur unik seperti bouclé bercetak dan rantai logam boleh tanggal ‘JFG’ bagi memberi sentuhan eksperimental dan personal.
Harga: RM739
Skechers, Nintendo Super Mario: Street UNO Court
Tingkatkan gaya streetwear anda dengan kolaborasi Skechers x Nintendo Super Mario™—rekaan eksklusif yang menyerlahkan elemen ceria Mario dengan keselesaan moden Skechers. Sesuai untuk peminat tegar yang ingin bergaya setiap langkah.
Sneaker wanita UNO Court hadir dengan rupa berani, kusyen Skech-Air® dan Air-Cooled Memory Foam® untuk gabungan sempurna antara retro dan moden.
Harga: RM459
FILA X Powerpuff Girls Disruptor 2
Memperkenalkan FILA Disruptor 2: Edisi Powerpuff Girls — gabungan berani antara nostalgia kuasa gadis dan gaya street moden. Edisi khas ini membawa semangat tanpa takut trio tersebut ke siluet chunky ikonik ini.
Dengan tapak bergerigi tersendiri, sentuhan warna playful dan aura yang penuh keyakinan, Disruptor 2 meraikan keunikan, keberanian, dan kuasa untuk menonjol — sama seperti Powerpuff Girls.
Harga: RM339
Clarks Livia Stud
Livia Stud ialah kasut ballerina yang menggabungkan pertukangan halus dengan rekaan kontemporari. Dihasilkan daripada suede yang sangat lembut, siluet ini direka mengikut bentuk kaki semula jadi untuk rasa ringan dan selesa.
Dengan jahitan ringkas serta tapak getah fleksibel, ia memberikan pergerakan mudah dan keselesaan sepanjang hari.
Harga: RM399







