Syed Faizal bukanlah nama asing dalam dunia solekan tanah air. Selain bergerak aktif sebagai jurusolek selebriti, dia juga mengusahakan jenama kecantikannya sendiri, Syed Faizal Beauty. Figura ini juga pernah dipilih sebagai Jurusolek Selebriti Pilihan di Anugerah Stail EH! 2022. Bersama EH!, Syed terbuka berkongsi beberapa produk yang menjadi rencah solekannya.
SKIN PREP
“Rejim skin prep saya biasanya ringkas saja. Saya mulakan dengan semburan JUNGSAEMMOOL Essential Mool Micro Fitting Mist. Kemudian saya sapukan pelembap dan kemudian saya akan gunakan Bobbi Brown Vitamin Enriched Face Base. Saya tak berapa suka menggunakan primer.”
BEDAK ASAS
“Saya sukakan Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Foundation kerana ia lightweight namun full coverage. Ia tak buat solekan nampak cakey, tapi penting untuk prep kulit terlebih dahulu. Cara lain, anda mungkin boleh titiskan dua tiga titis serum ke dalam foundation ini.”
PENYAMAR NODA
“Concealer pilihan saya ialah Dolce & Gabbana Everlast Concealer, ia tebal tapi cantik. Very good coverage. Tiga titik selalunya sudah cukup untuk menyamarkan dark circle. Lagi satu, kalau kulit dah cantik, guna concealer ini sedikit pun dah cukup. Tak perlu banyak foundation.”

NEW FAVOURITE
“Make Up For Ever Artist Color Crayon Waterproof Multi-Use Stick antara produk baru yang saya suka. Very versatile, boleh disapu pada mata sebagai eyeshadow, atau boleh juga untuk kontur bibir, dan boleh juga untuk kontur wajah jika warna yang sesuai.Teksturnya juga creamy.”
PEMERAH PIPI
“Jika jenis powder saya masih setia dengan my all-time-favourite, Dior Backstage Rosy Glow. Untuk yang jenis krim pula saya senang dengan Huda Beauty Blush Filter.”

PENSEL BIBIR
“Ada tiga lip liner kesukaan saya, iaitu Anastasia Beverly Hills Lip Pencil,Huda Beauty Lip Contour 2.0 Automatic Matte Lip Pencil dan Charlotte Tilbury Lip Cheat. Ketiga-tiganya meluncur mudah pada bibir dan yang penting warnanya keluar. Ada sesetengah pensel bibir warnanya tak keluar lagi-lagi bila bibir dah disapu dengan lip balm.”

SETTING SPRAY
“Biasanya bila sudah siap proses menyolek saya akan kunci mekap dengan setting spray. Kesukaan saya ialah Fenty Beauty You Mist Makeup-Extending Setting Spray.”





