Memiliki ilmu dalam seni mempertahankan diri telah membuka ruang untuk Trisha Ooi menerokai dunia stunt atau lagak ngeri dalam dunia perfileman. Dan dari situ juga pintu untuk bergelar pelakon profesional terbuka luas. Hingga ke hari ini sudah banyak filem aksi yang mempamer kehebatan aksinya sebagai pelakon lagak ngeri, seperti ‘Wira’ dan ‘Polis Eveo 3’. Drama bersiri ‘Risik Pada Hati’ pula berjaya membuat dirinya lebih dekat dengan peminat drama televisyen.
Dalam skala 1-10, sejauh mana keterujaan tentang kehidupan kamu hari ini?
Sembilan! Hidup sekarang penuh dengan peluang baru, baik secara peribadi mahupun profesional. Saya berada di mana saya seharusnya berada sekarang. Banyak yang dipelajari tahun ini dan tahun 2026 adalah tahun untuk saya reinvent diri saya. I can’t wait!
Hal terbaik berlaku tahun ini?
Tahun ni saya berpeluang untuk explore watak yang lebih dalam dan kompleks, yang betul-betul cabar emosi dan minda sebagai seorang pelakon. Saya rasa saya kini berada di fasa baru dalam kerjaya saya, lebih yakin, matang dan bersedia untuk sesuatu yang lebih besar.
Sewaktu membesar siapa yang menjadi inspirasi?
Mummy, dia mendidik saya pentingnya disiplin, kerja keras dan jangan cepat putus asa.
Siapakah individu di dalam industri yang memberi inspirasi?
DI peringkat global saya mengagumi Tan Sri Michelle Yeoh, kekuatannya, pesonanya dan bagaimana dia membawa nama Malaysia ke pentas global, memang menginspirasi. Saya juga meminati Nabila Huda, dia raw, fearless and unapologetically herself. Saya suka cara dia all out dalam setiap watak, tak pernah takut untuk jadi real.
Bagaimana untuk kekal bermotivasi dan berinspirasi?
Saya selalu ingatkan diri mengapa saya memulakan karier ini, sebab saya cintakan pada storytelling. Bila penat, I remind myself that someone out there might be moved by the story I’m telling. Dan sejujurnya, saya tahu saya masih ada banyak lagi yang boleh saya berikan yang orang lain belum lihat lagi. Saya akan terus bekerja sehingga orang sedar apa yang boleh saya beri dan lakukan. Berlakon bukan satu-satunya yang ingin saya teruskan, ada hal lain yang mahu saya kembangkan, bila tepat waktunya saya akan kongsikan.
Cara kamu merehatkan diri?
Saya akan pergi gim untuk latihan boxing dan juga pickleball. Dah terjebak dengan pickleball sekarang ni!
Apakah perkara paling mencabar yang pernah kamu lakukan?
Tiada apa yang lebih mencabar selain melakukan stunt atau lagak ngeri sendiri sepanjang saya berlakon. Ia merbahaya tapi memuaskan, that’s when I learned to trust my body fully.

Pernahkah kamu diminta mengubah sesuatu tentang diri kamu?
Yes, selalu juga orang cakap saya kena jadi lebih girly, kurang boyish, especially sebab penonton suka yang lebih feminin. Tapi saya dah belajar untuk embrace diri sendiri, dengan stail saya yang sedikit boyish tu, itu lah yang buat saya berbeza dan real. Saya percaya, bila kita authentic, orang akan lebih dekat daripada kita cuba jadi apa yang orang mahukan.
Apakah erti kejayaan bagi kamu?
Tenang hati. Bila boleh tidur dengan tenang, knowing I stayed true to myself, itulah kejayaan bagi saya.
Apakah perkara terbesar yang kamu pelajari tentang diri kamu tahun lalu?
Saya tak perlu validation dari orang lain. My work and my growth speak for themselves.
Sejauh mana proses kreatif berubah secara peribadi?
Dulu saya banyak overthink. Sekarang saya lebih percaya pada gerak hati atau naluri sendiri. Bila hati tenang, emosi pun mengalir lebih natural dalam watak.
Apakah isu semasa yang paling dekat dengan diri kamu ketika ini?
Mental health awareness semakin penting di Malaysia, tapi masih banyak stigma dan halangan yang buat ramai takut nak bercakap secara terbuka. Saya amat percaya kesejahteraan mental adalah asas kepada kehidupan yang seimbang dan produktif. Saya harap kita semua boleh berganding bahu untuk meningkatkan kesedaran, buka ruang untuk dialog yang lebih luas, dan memperkasakan sistem sokongan supaya siapa saja yang struggle tak rasa keseorangan atau terpinggir.
Apa perkara utama yang membezakan generasi kamu berbading dengan generasi lain sebelum ini?
Kami lebih berani, tak takut menyuarakan apa kami rasa, dan mentafsir semula apa maksud kejayaan itu sendiri.
Bagaimana kamu menyeimbangkan antara kepekaan isu sosial semasa dengan ketenangan diri sendiri?
Saya cuba jaga keseimbangan dengan pilih untuk engage dengan isu yang betul-betul penting dan relevan, bukan semua benda. Kadang-kadang, saya perlu disconnect sekejap dari media sosial atau berita, supaya minda dan hati saya boleh recharge.
Apakah salah faham lazim tentang pekerjaan kamu?
Ramai fikir dunia lakonan ni glamor semata tapi realitinya penuh air mata, latihan, dan kerja emosi yang berat.
Perancangan seterusnya?
Saya nak hidup lebih intentional. Mulakan rutin harian yang lebih tenang, teruskan belajar, dan lebih memilih watak-watak yang buat orang rasa sesuatu.
