Menyerlah menerusi naskhah drama yang menjadi bualan hangat, “Dia Bukan Syurga”, dengan kemampuan untuk membawa watak secara autentik dan menyentuh emosi penonton, Ezzanie Jasny telah membuktikan bahawa lakonan bukan sekadar persembahan, tetapi juga medium untuk menyampaikan cerita dan pengalaman hidup yang nyata.
Dalam skala 1-10, sejauh mana keterujaan tentang kehidupan kamu hari ini?
7.
Hal terbaik berlaku tahun ini?
Permulaan tahun saya sangat bermakna kerana berpeluang menunaikan umrah. Pengalaman itu memberi saya ketenangan dan perspektif baru untuk menjalani kehidupan.
Siapa inspirasi sewaktu membesar?
Dalam industri ini, seorang yang saya kagumi ialah Hannah Delisha. Cara dia merasai dan membawa watak sangat real dan ikhlas. Dedikasinya serta cara dia mengendalikan diri benar-benar memberi inspirasi kepada saya.
Siapakah individu di dalam industri yang memberi inspirasi?
Saya lebih fokus kepada pertumbuhan diri sendiri dan sentiasa mengingatkan diri mengapa saya bermula. Saya berusaha untuk kekal konsisten, terus belajar, dan dikelilingi oleh orang-orang yang positif.
Bagaimana kamu kekal bermotivasi dan berinspirasi?
Saya selalu memastikan diri mengambil masa untuk berehat. Aktiviti kegemaran sekarang ialah bermain pickleball, yang sangat membantu untuk reset minda dan menenangkan diri daripada sebarang tekanan atau cabaran yang datang.

Cara kamu merehatkan diri?
Saya selalu memastikan diri mengambil masa rehat. Aktiviti kegemaran saya sekarang ialah main pickleball, ia sangat membantu untuk reset minda dan menjauhkan diri dari tekanan harian.
Apakah perkara paling mencabar yang pernah kamu lakukan?
Perkara paling adventurous yang saya lakukan mungkin adalah menerima watak yang benar-benar berada di luar zon selesa saya. Ia menuntut kekuatan mental dan fizikal, tetapi itulah yang membuatkan dunia lakonan begitu menarik – saya dapat mengalami kehidupan dari pelbagai perspektif berbeza.
Pernahkah kamu diminta mengubah sesuatu tentang diri kamu?
Ya, saya pernah diminta untuk menjadi lebih ekstrovert. Sebelum masuk industri, saya tidak begitu mahir untuk bergaul mesra dengan orang, jadi pengalaman ini banyak mengajar saya tentang cara berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam persekitaran profesional.
Apakah erti kejayaan bagi kamu?
Bagi saya, kejayaan bukan tentang populariti atau nombor fame, tetapi tentang pertumbuhan diri. Menjadi insan yang lebih baik dengan setiap projek yang saya lakukan adalah kejayaan sebenar. Lebih daripada itu, apabila watak yang saya bawakan menyentuh jiwa penonton dan membuat mereka rasa itu nyata, itu adalah kejayaan yang tulen bagi saya.
Apakah perkara terbesar yang kamu pelajari tentang diri kamu tahun lalu?
Pengajaran terbesar tahun lalu adalah untuk berhenti cuba menyenangkan semua orang. Saya tidak boleh memuaskan hati semua orang, dan itu tidak mengapa. Yang penting, saya tetap jujur pada diri sendiri.
Sejauh mana proses kreatif berubah secara peribadi?
Seiring pertumbuhan diri, proses kreatif saya banyak berubah. Dahulu, saya lebih fokus kepada teknik lakonan, tetapi kini saya lebih mempercayai naluri sendiri. Saya cuba untuk menghubungkan diri dengan watak secara jujur, dari sudut emosi yang sebenar.
Apakah isu semasa yang paling dekat dengan diri kamu ketika ini?
Buat masa ini, isu yang paling dekat di hati saya sudah tentu buli. Saya rasa ramai masih menderita dalam senyap, terutamanya anak-anak muda zaman sekarang. Saya percaya adalah sangat penting untuk mewujudkan ruang selamat di mana seseorang boleh merasa dihargai dan disokong. Bahkan kebaikan kecil pun boleh memberi impak yang besar dalam hidup seseorang.
Apa perkara utama yang membezakan generasi kamu berbading dengan generasi lain sebelum ini?
Generasi saya lebih terbuka dan berani untuk bersuara. Kami kini lebih peka tentang isu mental health, kesaksamaan, dan nilai kebaikan. Pada masa yang sama, kami belajar untuk benar-benar mendengar dan menunjukkan empati bukan sekadar bercakap tentang perubahan, tetapi menghidupinya dalam kehidupan seharian.
Apakah salah faham lazim tentang pekerjaan kamu?
Kadang-kala orang salah faham tentang sisi saya yang pendiam. Mereka mungkin berfikir saya tidak mesra, tetapi sebenarnya saya hanya memerhati dan menyerap apa yang berlaku. Sebagai seorang pelakon, saya suka meneliti orang, tenaga, emosi, dan cara mereka berinteraksi. Tetapi, kadang-kadang memang perlu ada ruang untuk merehatkan minda dan merenung.
Apakah nasihat yang akan kamu berikan kepada orang yang merasakan suara mereka tidak dianggap penting?
Your voice does matter! Jangan bandingkan perjalanan hidup dengan orang lain. Bersuara dengan jujur, walaupun perlahan atau lembut, ia tetap memberi impak. Be brave always.
Apakah plan kerjaya kamu dalam masa terdekat?
Bagi saya, langkah seterusnya adalah untuk terus mengenali diri dan berkembang secara emosi. Kerjaya penting, tetapi menjadi insan yang lebih baik adalah keutamaan.
Arahan Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Arahan Seni: Amirul Arif, Fotografi: Aaron lee, Lensworks Productions, Videografi: Azzem, Penata Gaya: Erdina, Pembantu Penyelaras: Farah Ain, Solekan: , Penata Gaya Hijab: , Pakaian & Aksesori: COACH
Baca: #EHTOP20 Qasrina Karim
