Ummi Nasir bukanlah sekadar pilihan spontan, saya sudah lama mengikuti @makeupbyumminasir di Instagram dan setiap kali melihat hasil kerjanya, saya pasti terpaku. Ada satu aura pada solekannya yang membuatkan saya berhenti scroll serta-merta. Ummi adalah seorang pencerita visual yang menjadikan berus solekan sebagai instrumen utama dan saya kagum melihat bagaimana Ummi mengatur hari-harinya yang padat dengan begitu teratur dan produktif. Dalam industri kecantikan, Ummi cukup dikenali sebagai “cikgu” rujukan ramai untuk mempelajari teknik solekan, kelas color analysis, serta jemputan sebagai tenaga pengajar dan jurusolek di pelbagai acara kecantikan. Semua ini membuatkan saya tidak sabar untuk menyingkap kisah di sebalik wanita hebat ini.

1. Boleh ceritakan bagaimana Ummi mula menceburi bidang solekan?
Ketika saya berusia 27 tahun dan masih bekerja dalam corporate company, a singlemom and just divorced. I need something to distract myself, i found joy in beauty world. Since saya memang minat terhadap kecantikan saya decided to enroll myself in make up classes. Next thing i know saya mula mendapat tawaran makeup from clients and brands. I never look back since then, Alhamdullilah ini lah kerjaya tetap saya sekarang.
2. Apakah yang mendorong Ummi untuk menjadi seorang makeup artist?
Passion dan minat yang mendalam dalam dunia kecantikan. I feel truly happy when i can make people happy by making them look beautiful and product development dalam produk kecantikan. Saya suka subjek chemistry masa student dulu haha #nerd bila dapat belajar tentang ingredients in makeup atau skincare saya sangat teruja untuk tahu lebih mendalam. Jadi dari situlah saya tahu ini lah jalan kerjaya saya.

3. Bagaimana Ummi memilih warna asas (foundation) yang sesuai untuk setiap tona kulit?
First saya akan kenal pasti dulu undertone skin for my client, sama ada neutral warm or cool, then saya akan swatch dua atau tiga foundation di bahagian pipi hingga ke jawline dan blend well. Which color that blend throughly to the skin is the perfect shade. Sometimes if i dont have the perfect shade for my client in my kit, i always mix up between 2 colors to get the match!
4. Siapakah selebriti tempatan yang Ummi teringin sangat untuk solek?
Sheila majid!
5. Apakah perbezaan antara solekan pengantin, editorial, dan komersial dari perspektif Ummi?
Ketiga-tiganya ada perbezaan, for example bridal makeup saya lebih fokus pada kecantikan yang tahan lama, flawless dan sesuai kamera dan real life, supaya pengantin nampak berseri sepanjang hari perkahwinan. Untuk editorial pula saya rasa lebih bebas, kreatif dan ada konsep. Saya suka editorial makeup sebab ia lebih puas untuk saya berkarya. Manakala komersial pula makeup yang lebih kemas, bersih dan warna yang betul untuk highlight produk atau brand.

6. Bagaimana Ummi kekal bermotivasi dalam industri yang pantas berubah ini?
Bagi saya, kena rajin untuk belajar new things, imagine if i just do makeup the whole time tanpa berubah ikut peredaran pasti bosan dan hasil akan pasti sama. Jadi saya suka take new courses, belajar new style makeup and latest trend. Saya juga ambil color analysis dan body shape courses, jadi saya boleh gunakan sebagai modul di dalam kelas saya. Lebih banyak courses saya sertai lebih banyak ilmu tentang kecantikan yang saya perolehi untuk perniagaan saya.
7. Akhir sekali, siapa Ummi Nasir kalau bukan seorang makeup artist?
Since saya merupakan graduan dari Universiti di Jepun dalam bidang engineering, saya rasa masih akan menjadi engineer in corporate world atau japanese translator.

Artikel Berkaitan: Syed Faizal Berkongsi 11 Produk Kesukaannya Di Tahun 2025
