Memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan dengan menyertai pencarian Hero Remaja 2020, di mana dia berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang daripada 12 finalis terbaik sebelum tersingkir pada suku akhir. Sejak ‘graduate’ dari pertandingan itu, Hariz Hamdan pantas memenuhi tawaran sebagai pelakon, dan tahun demi tahun, namanya mula diberi perhatian dek keberkesanannya dalam membawa pelbagai karakter di kaca TV.
Dalam skala 1-10, sejauh mana keterujaan tentang kehidupan kamu hari ini?
8.
Hal terbaik berlaku tahun ini?
Saya berjaya menamatkan full marathon KL Standard Chartered Marathon.
Siapa inspirasi sewaktu membesar?
Cerita ini kelakar sebenarnya. Saya banyak menonton Dr. Say Shazril di YouTube. Bila kami akhirnya bekerja bersama, saya terus beritahu dia, “Saya sebenarnya peminat besar awak.” Dia pun terkejut, “Hah, betul ke?” Sekarang kami siap DM sesama sendiri. Lucu apabila fikir balik bagaimana semuanya bermula.
Siapakah individu di dalam industri yang memberi inspirasi?
Dalam dunia lakonan, saya sangat mengagumi Daniel Day-Lewis. Bagi saya, dia antara pelakon paling hebat abad ke-20.
Bagaimana kamu kekal bermotivasi dan berinspirasi?
Percaya pada harapan, bahawa esok sentiasa menjadi lebih baik.

Cara kamu merehatkan diri?
Travel! Tak perlu jauh pun. Desaru, Johor Bharu antara tempat kegemaran saya.
Apakah perkara paling mencabar yang pernah kamu lakukan?
Running a marathon!
Pernahkah kamu diminta mengubah sesuatu tentang diri kamu?
Ya. Ramai yang pesan supaya saya jangan bekerja terlalu banyak. Saya memang cenderung untuk push diri terlalu kuat, kadang-kadang sampai tak sedar saya perlukan rehat.
Apakah erti kejayaan bagi kamu?
Ia bukan tentang nombor, pencapaian, atau populariti. Bagi saya, kejayaan ialah apabila saya mampu buat orang lain senyum dan rasa sesuatu melalui kerja saya.
Apakah perkara terbesar yang kamu pelajari tentang diri kamu tahun lalu?
Jangan terburu-buru. Saya selalu kejar target sebelum umur 30, tapi saya sedar hidup dalam usia 20-an hanya berlaku sekali. Saya perlu belajar menikmati momen, bukan sekadar mengejar destinasi.
Sejauh mana proses kreatif berubah secara peribadi?
Saya sangat sukakan seni. Sebelum berlakon, saya bermula sebagai juruvideo dan jurugambar, jadi fokus saya sentiasa pada komposisi. Sekarang, minat saya berkembang kepada seni abstrak, saya suka bagaimana ia memberi ruang untuk interpretasi dan emosi lebih bebas.
Apakah keadaan semasa yang paling dekat dengan diri kamu ketika ini?
Melihat keadaan ayah sekarang… saya sedar bahawa dalam dua tahun lagi, besar kemungkinan saya akan menjadi penyokong utama keluarga. Itu sesuatu yang saya fikirkan dengan sangat serius, bukan sebagai beban, tetapi sebagai tanggungjawab yang saya sedang bersedia untuk pikul.
Apa perkara utama yang membezakan generasi kamu berbading dengan generasi lain sebelum ini?
Generasi saya lebih kreatif, kadang-kadang berani sampai nampak ruthless, namun pada masa yang sama ramai yang sangat polite. Tentu saja, ini bukan untuk semua, tapi ia ciri yang saya perasan cukup menonjol dalam generasi kami.
Apakah salah faham lazim tentang pekerjaan kamu?
Ramai fikir saya suka berada dalam spotlight. Sebenarnya tidak. Saya cuma suka kerja saya, bukan perhatian yang datang bersama pekerjaan itu.
Apakah nasihat yang akan kamu berikan kepada orang yang merasakan suara mereka tidak dianggap penting?
Setiap suara ada nilainya. Dari orang biasa hingga Perdana Menteri sekalipun, setiap perspektif menyumbang sesuatu. Jangan rasa kecil, suara anda mungkin perkara yang seseorang lain perlukan untuk teruskan hidup.
Apakah plan kerjaya kamu dalam masa terdekat?
Saya kini semakin cenderung ke arah gaya hidup aktif dan sihat. Jadi, saya mahu sertai lebih banyak acara sukan seperti Ironman, triathlon dan marathon. Ia bukan sekadar cabaran fizikal, tapi juga cara untuk kekal seimbang dan fokus.
Arahan Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Arahan Seni: Amirul Arif, Fotografi: Aaron lee, Lensworks Productions, Videografi: Azzem, Penata Gaya: Erdina, Pembantu Penyelaras: Farah Ain, Grooming: Syed Faizal, Dandanan: Yusof Ruzaimi, Pakaian & Aksesori: COACH
Baca: #EHTOP20 Qasrina Karim
