EH! bariskan lima syampu yang dicipta khusus untuk kesihatan kulit kepala. Tiap satunya mempunya penjagaan khusus termasuk untuk kulit kepala yang berkelemumur.
Hari ini boleh dikatakan saya mencuci rambut setiap hari, keadaan cuaca yang terlalu panas, penggunaan produk penggayaan rambut dan tak dinafikan kerana stress dengan kerja menyebabkan saya selalu berasa tak selesa dengan kulit kepala saya. Dari situasi ini juga saya semakin peka dengan kulit kepala, tambahan pula usia yang melepasi angka 40 juga membuat saya ada rasa insecure dengan rasa rambut semakin menipis.
KENAPA KULIT KEPALA GATAL?
Tidak semua masalah kulit kepala sama ada gatal, kemerahan atau iritasi berkaitan dengan kelemumur. Kulit kepala gatal adakalanya berpunca dari kulit kepala kering, tidak bersih atau adakalanya kerana cucian yang berlebihan. Kadang-kadang ia juga berpunca dari aktiviti mewarna rambut, psoriasi, masalah hormon dan juga tekanan.
Selain membersihkan rambut secara berjadual, atau setiap kali anda menggunakan produk penggayaan rambut seperti gel atau hair spray, penggunaan perapi juga harus betul. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, elakkan menyapu kulit kepala dengan perapi rambut. Harus difahami perapi dicipta untuk kesihatan hujung rambut bukan untuk kulit kepala.

KERASTASE SPÉCIFIQUE
Rangkaian Specifique dari Kerastase memang mengkhususkan pada penjagaan kulit kepala yang sensitif, gatal, berminyak atau pun berkelemumur. Cucian rambut dengan KERASTASE Specifique Bain Divalent Shampoo For Combination of Oily Roots & Dry Ends and Scalp Treament bertindak membersihkan kulit kepala dari minyak berlebihan dan dalam masa yang sama tidak menyingkir minyak yang diperlukan kulit kepala. Ia juga bagus untuk menyelesaikan masalah rambut berbau.

SCHWARZKOPF PROFESSIONAL SCALP CLINIX SOOTHING
Syampu ini menggunakan teknologi biotik yang menyeimbangkan kulit kepala dan kesihatan rambut. Datang dari rangkaian The Scalp Clinix, syampu ini dilengkapi dengan Microbiome Active, formula baru yang menyamakan kulit kepala. Memberi lembapan yang secukupnya pada kulit kepala.

THE ORDINARY SULPHATE 4% CLEANSER FOR BODY & HAIR
Pencuci yang sesuai untuk rambut dan badan ini membersih rambut dan kulit kepala dengan lembut tanpa mengeringkan rambut atau kulit kepala termasuklah rambut yang diwarnakan. Ia mengandungi konsentrasi SLES-2 yang ringan, formula ringan ini membuatkan kulit kepala lembap dan berasa segar.

ORIBE SERENE SCALP OIL CONTROL SHAMPOO
Apabila kulit kepala atau rambut mempunyai lebih minyak atau sebum atau kesan dari peluh, kotoran atau sel kulit mati menjadi punca mengapa kulit kepala terasa gatal. Lebih teruk jika menyebabkan iritasi. Syampu ini meredakan iritasi, mengawal minyak dan mengembali keseimbangan mikrobiome kulit kepala. Syampu ini mengandungi alga laut hijau dan prabiotik. Baunya juga wangi.

OUAI ANTI-DANDRUFF SHAMPOO
Syampu yang mengandungi asid salisilik mampu menyamankan kulit kepala yang berkuping-kuping, kemerahan atau gatal-gatal. Syampu dari Ouai ini mengandungi asid salisilik yang juga bertindak untuk memberishkan kulit kepala dari kelemumur. Dapatkan di SEPHORA.

OLAPLEX NO. 4C BOND MAINTENANCE DEEP CLEAN CALRIFYING SHAMPOO
Kulit kepala yang bermasalah boleh menyebabkan masalah rambut. Kulit kepala yang bermasalah juga boleh menyebabkan inflammation, folikel tersumbat malah menyebabkan rambut putus. Syampu ini ebbas sulfat dan mengandungi formula yang membersihkan kulit kepala dari minyak dan juga lebih produk penggayaan rambut seperti gel atau semburan rambut. Syampu ini membersih tanpa menyingkir lembapan semula jadi yang ada pada kulit kepala.
