Mencari filem romantik untuk ditonton bersama pasangan?
Banyak filem judul pilihan penonton tampil dengan babak-babak romantik dan sensual yang bukan sahaja mencuri perhatian, malah menjadi topik hangat di media sosial.
Dari adegan yang manis dan penuh kimia, hinggalah detik-detik intim yang disampaikan dengan penceritaan yang lebih matang, setiap filem mempunyai tarikan tersendiri yang membuatkan penonton tak berhenti berbual.
Apa pun gayanya sama ada nakal, berani atau sekadar menggoda, filem ini menyaksikan semakin banyak karya menggunakan keintiman sebagai sebahagian daripada perjalanan emosi watak, bukan semata-mata untuk sensasi.
Materialists
Materialists membawa penonton ke jantung dunia pencarian jodoh mewah di New York, mengikuti kisah seorang jutawan yang terkenal kerana kebolehannya “match-making” orang lain. Namun, dalam hidupnya sendiri, dia mula menghadapi dilema antara mengejar pasangan sempurna atau kembali kepada bekas kekasihnya yang jauh daripada sempurna.
Filem ini mengetengahkan tema nilai diri, cinta, dan tekanan dunia moden, di mana wang, status, dan harapan sering mempengaruhi persepsi seseorang terhadap hubungan. Walaupun begitu, sesetengah pengkritik menyifatkan jalan cerita filem ini agak klise, dialog terasa dipaksa, dan beberapa subplot, termasuk isu berat, kurang dibangunkan dengan mendalam.
Bad Influence
Bad Influence (Spanish: Mala influencia, 2025) adalah sebuah filem drama romantik Sepanyol arahan Chloé Wallace dalam debut pengarahan beliau, diadaptasi daripada cerita popular di Wattpad. Filem ini dibintangi oleh Alberto Olmo dan Eléa Rochera.
Cerita menumpukan pada hubungan antara Reese, seorang gadis kaya, dan Eros, seorang penjenayah bermasalah yang dilantik sebagai pengawal peribadi oleh ayah Reese, Bruce, untuk memastikan keselamatan anak perempuannya. Konflik dan ketegangan timbul daripada perbezaan latar belakang mereka, cinta terlarang, ketegangan kelas sosial, dan kuasa pengaruh dalam hubungan manusia.
Splitsville
Filem komedi romantik bercampur gelap yang menyorot kehidupan dua pasangan apabila satu daripada mereka selepas isteri memohon cerai bergantung kepada teman rapat untuk sokongan. Situasi menjadi rumit apabila dia secara tidak sengaja “terjerumus” ke dalam gaya hidup open-relationship yang diamalkan oleh pasangan kawannya.
Konflik utama timbul apabila batas persahabatan, kepercayaan, cinta, dan nafsu mula kabur, dan setiap keputusan mereka mencampurkan elemen persahabatan, kesetiaan, pengkhianatan, serta rasa bersalah.
Together
Filem seram dan horor psikologi pasangan Tim (Dave Franco) dan Millie (Alison Brie). Mereka berpindah ke kampung untuk memulakan hidup baharu, tetapi suatu hari terjerumus ke dalam gua atau kawasan terpencil yang menyembunyikan kekuatan misterius.
Selepas pengalaman itu, tubuh dan fikiran mereka mula mengalami perubahan pelik, tarikan fizikal dan mental antara mereka menjadi semakin intens, dan batas antara tubuh serta emosi mula kabur. Filem ini menggunakan situasi tersebut sebagai metafora terhadap tekanan, ketergantungan (codependency), dan bagaimana cinta boleh berubah menjadi mimpi buruk apabila keseimbangan hilang.
Bone Lake
Kisah pasangan Sage dan Diego yang bercuti ke sebuah rumah tepi tasik untuk berehat. Namun, percutian mereka bertukar gelap apabila rumah itu “double booked” dan mereka dipaksa berkongsi tempat dengan pasangan lain, Will dan Cin yang pada awalnya kelihatan ramah tetapi lama-kelamaan menunjukkan sifat manipulatif dan jahat.
Sepanjang penginapan, manipulasi psikologi, godaan, kegelisahan, dan ketidakpercayaan mula menjalar. Batas antara cinta, keinginan, dan bahaya menjadi kabur. Rumah tasik itu juga menyimpan bilik rahsia dengan unsur erotik dan petunjuk sejarah gelap, menjadikannya perangkap minda dan fizikal.
Baca: 7 Filem Seksi Korea Harus Tonton Bersama Pasangan Anda
