Fakta menarik tentang Ezwan Zain, jejaka yang berjaya menawan hati Erra Fazira:
1. Pengasas Kueh Cafe
Berlokasi di empat cawangan utama Shah Alam, Setia Alam, Subang Jaya, dan Petaling Jaya, Kueh Cafe yang diasaskan oleh Ezwan telah menjadi tumpuan ramai sejak 2015. Kafe ini terkenal dengan kepelbagaian kuih tradisional yang dibawa dengan sentuhan moden serta kopi specialty yang memikat selera pengunjung.
2. Miliki seorang anak perempuan
Di sebalik kejayaan profesionalnya, Ezwan adalah seorang ayah penyayang. Beliau merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak perempuan, yang dikenali sebagai Sofea, daripada perkahwinan terdahulu.
3. Handsome with brain
Ezwan bukan sahaja mempunyai penampilan menarik, tetapi juga kecerdasan akademik yang mengagumkan. Beliau merupakan graduan sarjana muda dalam bidang Mechatronics dan Robotics.
4. Industri minyak dan gas (O&G)
Sebelum menceburi dunia perniagaan kafe, Ezwan menapak sebagai jurutera dalam industri minyak dan gas. Pengalaman ini membentuk disiplin kerja, kepimpinan, dan daya analisisnya, ciri-ciri yang kini diterapkan dalam pengurusan Kueh Cafe.
5. 44 tahun
Ezwan kini berumur 44 tahun, manakala Erra Fazira berumur 51 tahun. Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Erra, selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal. Ezwan pula turut hidup solo selama lapan tahun sebelum mereka memutuskan untuk membuka lembaran baharu bersama, menandakan permulaan fasa baru dalam hidup mereka berdua.
