Kuku pun boleh jadi mood booster! Dari glitter lembut hingga kilauan glam, kuku yang cantik mampu menaikkan penampilan anda, memastikan setiap hujung jari memancarkan vibe perayaan yang sempurna.
Musim perayaan hadir dengan kehangatan dan keinginan untuk tampil sedikit lebih extra daripada biasa. Sama ada anda meraikan bersama keluarga, menghadiri parti hujung tahun, atau sekadar mahu menceriakan mood, kuku yang cantik mampu melengkapkan keseluruhan gaya.
EH! himpunkan lima idea tatarias kuku yang bukan sahaja on-trend, tetapi cukup elegan untuk memberi sentuhan glam kepada penampilan anda.
1. Soft Pinkish
Gabungan nude dengan kilauan halus adalah pilihan paling selamat untuk tampil clean, mewah, dan feminin. Pilih base nude neutral, kemudian sapukan glitter di hujung kuku atau hanya pada satu jari sebagai accent. Hasilnya lembut tetapi tetap menyerlah di bawah cahaya lampu, perfect untuk mood perayaan yang manis dan subtle!

2. White Gold
Clean, luxurious dan penuh glam. Kombinasi putih dan emas ini seolah-olah menangkap cahaya salji yang berkilau. Gunakan base glitter perak dan putih, kemudian hiaskan dengan motif bintang emas halus untuk sentuhan festive sparkle. Gaya ini sesuai untuk acara siang mahupun malam ringkas tetapi tetap memikat.

3. Metallic Chic
Untuk mereka yang sukakan sesuatu yang bertenaga, metalik adalah pilihan tepat. Manicure perak atau emas memberi efek futuristik namun tetap selaras dengan tema perayaan. Kombinasi emas lembut dan merah berkilau mencipta mood yang playful tetapi elegan, sempurna untuk mereka yang mahu glam tanpa keterlaluan.

4. French Tip
Jika anda gemar gaya minimal tetapi tidak membosankan, french tip adalah jawapannya. Pilih french tip hijau glitter yang tampak segar dan moden, ditambah batu permata kecil berwarna-warni untuk efek seperti lampu-lampu perayaan yang berkelipan. Base kuku dibiarkan natural untuk memastikan rekaan kelihatan clean dan chic. Effortless tetapi tetap festive!

5. Klasik Festive
Ruby red, emerald green cukup sinonim dengan musim perayaan, memberikan efek dramatik yang terus menaikkan mood. Rekaan kuku bertema perayaan ini memikat dengan keriangan dan sentuhan magis, daripada gabungan merah-hijau klasik hingga motif reben yang elegan. Sesuai untuk anda yang sukakan gaya bold tetapi tetap sophisticated, gaya ini pasti membuatkan kuku anda menjadi tumpuan.

Artikel Berkaitan: 10 Produk Kecantikan Paling Viral di TikTok 2025
