2025 bakal melabuhkan tirainya. Tentunya anda sedang mencari lokasi menarik untuk menyambut tahun baru 2026 nanti.
Sudahkah anda merancang percutian tahun baru 2026? Sementelah bakal meraikan musim cuti yang panjang, pasti diantara anda telah menambah cuti tambahan.
Setiap kali tahun baru menjelang, rakyat Malaysia tidak ketinggalan meraikannya dengan penuh kemeriahan. Tahun 2026 tidak terkecuali dan pelbagai acara menarik telah dirancang untuk memeriahkan sambutan ini. Dari bandar metropolitan yang sibuk hingga destinasi alam semula jadi yang memukau, Malaysia memberikan pelbagai pilihan untuk memeriahkan perayaan Tahun Baru 2026.
Luangkan masa akhir tahun 2025 dan sambut tahun baru 2026 bersama tersayang di 5 lokasi menarik pilihan EH!:
KLCC Park: Detik 12 Malam di Bawah Menara Berkembar
Tiada yang lebih ikonik daripada menyambut tahun baru di bawah cahaya gemerlapan Menara Berkembar Petronas. KLCC Park kekal sebagai lokasi paling klasik untuk countdown, dipenuhi pengunjung sejak lewat petang, dengan persembahan muzik dan pancaragam lampu yang menjadikan suasana begitu hidup. Saat jarum jam menghampiri 12, ribuan mata terarah ke langit untuk menyaksikan cahaya bunga api yang menerangi seluruh skyline Kuala Lumpur. Energinya? Tidak tertanding.

Dataran Malawati Kuala Selangor
Jika anda lebih suka sambutan yang menyentuh elemen budaya dan komuniti, Dataran Malawati menawarkan suasana yang berbeza tetapi memikat. Di sini, malam tahun baru disambut secara santai dengan acara tarian tradisional pelbagai kaum, disusuli persembahan nyanyian, dan countdown bersama penduduk tempatan. Lebih menarik, pelbagai gerai makanan dibuka sepanjang malam daripada makanan tradisional Melayu, hidangan Cina, hinggalah pilihan istimewa India.
KL Tower: Bunga Api Dari Langit
Untuk mereka yang mahu sudut pandang berbeza, sambutan di KL Tower ialah pilihan premium. Dengan pesta countdown dan pertunjukan bunga api dari ketinggian lebih 300 meter, Menara Kuala Lumpur memberikan panorama kota yang sukar ditandingi. Acara rasmi tahunannya sering dimulakan dengan persembahan artis, sebelum bunga api meletus dari puncak mencipta ilusi cahaya ‘turun dari langit’. Suasana lebih eksklusif dan elegan, sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman berbeza.

Konsert Countdown KITA IOI City Mall, Putrajaya
Bagi penggemar konsert dan hiburan, Astro kembali mengegarkan hujung tahun dengan Konsert Countdown KITA 2026, yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2025 di IOI City Mall, Putrajaya. Pengumuman rasmi dibuat menerusi rakaman program Meletop, sekaligus mengesahkan konsert kira detik yang paling dinanti ramai ini kembali selepas kejayaan edisi tahun lalu. Persembahan nyanyian dari artis terkenal seperti Mimifly, Hael Husaini, Faizal Tahir, Ella, Nadeera dan ramai lagi menjanjikan malam yang meriah dan penuh energi sesuai untuk mereka yang mahu menyambut tahun baharu dengan muzik dan sorakan penonton.
Sunway Velocity Mall: Mesra Keluarga & Meriah
Bagi yang inginkan suasana lebih santai dan family-friendly, Sunway Velocity Mall semakin popular setiap tahun. Kawasan luarannya sering dihias dengan zon permainan, food stalls, persembahan pentas dan aktiviti interaktif. Countdown di sini lebih ringan, selamat untuk keluarga, dan tidak terlalu sesak seperti pusat bandar. Sesuai untuk anda yang mahu merasai kemeriahan tanpa tekanan trafik.
The Curve, Petaling Jaya: Street Party Ala Kota
The Curve terkenal dengan street celebration yang penuh warna lengkap dengan live band, buskers dan lampu neon sepanjang boulevard. Suasananya seakan mini festival; orang ramai menari, makan, bergambar, dan menunggu detik 12 malam bersama-sama. Untuk mereka di sekitar PJ, ini antara pilihan countdown paling mudah tanpa perlu ke tengah kota.
Bukit Bintang: Epicentre Nightlife Kuala Lumpur
Jika anda mahukan sambutan paling ‘urban’, paling bertenaga, dan paling hidup Bukit Bintang adalah destinasi utama. Dari bar ke rooftop lounges hinggalah restoran fine dining, kawasan ini menjadi pusat pesta dengan muzik yang membanjiri jalan dan cahaya neon yang menghidupkan malam. Ia menarik ramai anak muda serta pelancong, menjadikan detik tahun baru di sini seperti sambutan global dalam satu kawasan. Memang chaos, tapi itulah daya tariknya.
Baca: 10 Lagu Tempatan Paling Banyak Distrim di Spotify 2025
