Gadis berzodiak aquarius ini mungkin masih baharu dalam dunia content creator, namun namanya sudah mula menjadi buruan jenama-jenama popular. Lahir dan dibesarkan di Kuching, Sarawak, Eryka Zulkarnain tampil dengan visi yang jelas iaitu ingin berkongsi kehidupan yang soft, intentional dan benar-benar autentik. Pelajar jurusan seni bina ini berpendapat proses untuk growth tidak semestinya lantang atau drastik, ia juga boleh hadir dengan cara yang slow and soft. Bagi Eryka, setiap content perlu terasa seperti ruang tenang, bagaikan sebuah digital sanctuary untuk mereka yang mencari keindahan dalam kesederhanaan.

1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apakah yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rutin cantik anda dengan pengikut di media sosial?
Saya banyak luangkan masa bersama ayah, abang, pakcik dan sepupu lelaki. Jadi, makcik-makcik saya yang mula memperkenalkan saya kepada kecantikan. Dari pakaikan eyeliner ketika Hari Raya hinggalah belikan pakaian dan kasut. Cara mereka membawa diri sentiasa menginspirasikan saya. Saya juga tinggal bersama nenek di Kuching menjadikan saya lebih berdikari dan belajar mengurus diri sendiri, termasuk menggayakan rambut. Minat saya semakin kuat selepas menonton OG beauty YouTubers seperti Zoella dan Michelle Phan. Saya mula berkongsi vlog dan video makeup di Instagram kerana saya sangat enjoyed filming and editing. Tiada niat untuk saya mengejar followers ketika itu, it was just something i genuinely loved doing for fun. sehinggalah EH! Malaysia menghubungi saya tahun lalu, barulah brands mula recognise my work. Although content creation became more intentional, ia masih merupakan kerja sampingan dan belum menjadi kerjaya sepenuh masa saya.
2. Produk kecantikan apa yang anda tidak boleh hidup tanpanya, dan mengapa?
You can take everything else away from me, tetapi saya mesti ada maskara, eyelash curler, sunscreen dan unscented moisturiser. Empat item ini buat saya rasa lebih segar, lebih terurus dan lebih yakin setiap hari.
3. Bagaimana anda memastikan content anda kekal fresh dan relevan?
Saya cuba untuk sentiasa menjadi diri sendiri dan menghasilkan content yang jujur. Saya masih dalam proses mencari niche and i see it as an ongoing journey. Walaupun bekerja dengan klien, saya tidak memaksa diri membuat content yang trendy semata jika ia tidak selesa atau autentik bagi saya. Akaun saya perlu rasa personal, bukan overly promotional. Kawan-kawan saya selalu ingatkan bahawa perkara yang paling membuat orang connect dengan saya adalah keaslian dan spontaniti, dan itu yang saya cuba kekalkan.
4. Bolehkah anda berkongsi sebarang tip kecantikan yang mungkin tidak ramai tahu, tetapi sangat berkesan bagi anda?
Bagi saya, tip that has been surprisingly effective is simply doing things that make me feel good especially taking care of myself. saya perasan perubahan bukan sahaja fizikal tetapi juga mental. When i feel better on the inside, it naturally reflects on the outside. my skin looks healthier, my posture improves, and i carry myself with more confidence. Saya belajar bahawa kecantikan bukan hanya tentang produk, tetapi bagaimana kita menjaga diri setiap hari. Bila kita buat baik pada diri sendiri, kita akan rasa dan nampak lebih baik.

5. Favourite perfume atau scent untuk daily?
I usually gravitate towards sweet dan musky scents untuk pemakaian harian, Scarlet Poppy by Jo Malone antara yang paling saya suka!
6. Apa trend kecantikan yang anda rasa overhyped?
Sejujurnya… rutin skincare 10 langkah. Saya suka tengok orang buat dan memang nampak aesthetic, tetapi realitinya, 3–4 langkah pun sudah cukup. Banyak langkah tidak semestinya kulit lebih baik yang penting adalah faham apa kulit kita perlukan. Atau maybe im just a little jealous because i have sensitive, dry skin haha!
7. Siapa girl crush anda?
Sejak menonton The Queen’s Gambit, saya memang mengagumi Anya Taylor Joy. She has such a distinctive look, tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya adalah cara dia membawa diri. Saya pernah lihat video dia menyapa seorang peminat, dan the way she spoke in that moment just showed me how naturally elegant she is. Fesyen dia juga sangat memberi inspirasi, she can be soft and romantic one moment, then structured and bold the next, tetapi masih menjadi diri sendiri there’s an effortless elegance in the way she dresses, and that kind of confidence in her own style really inspires me.
8. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Bila saya berasa kurang yakin saya akan slow down. I do little things that help, bersiap perlahan-lahan, bersenam, atau kadang-kadang saya tidur saja untuk reset. Saya tidak paksa diri melakukan sesuatu yang saya tidak mampu dan being gentle with myself makes such a big difference.

Artikel Berkaitan: EH!kspresi Cantik: Najlaa Kamarul
