Muzik elektronik di Malaysia kini bukan lagi sekadar arena buat lelaki sahaja. DJ wanita semakin mengambil tempat mereka, membawa tenaga, kreativiti dan gaya tersendiri ke setiap pentas.
Dari festival eksklusif hinggalah event jenama mewah, mereka tidak hanya memutar lagu tetapi mencipta vibe, crowd, dan menjadikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sebelum 2025 berakhir, EH! telah memilih lima wanita yang sedang mendominasi scene DJ tempatan. Setiap seorang membawa identiti tersendiri ada yang bermula dari media sosial, ada yang dari dunia fesyen, dan ada yang sekadar mengikut naluri untuk mencuba sesuatu yang baru. Apa yang menyatukan mereka ialah keberanian, kreativiti, dan bakat untuk mencipta momen melalui muzik.
1. Ashley Lau
Selepas menghabiskan sebahagian besar usia 20-an menjelajah festival demi festival, Ashley Lau mengambil keputusan untuk belajar memusingkan beatnya sendiri dan sejak itu, namanya terus meniti naik dalam scene DJ tempatan. “Saya tidak pernah rancang set. Saya baca mood crowd. Kalau mereka suka sesuatu genre, saya teruskan. Kalau tidak, saya tukar,” katanya jujur. Kini, Ashley sering dilihat menghangatkan acara jenama mewah seperti YSL, Gucci, MCM dan banyak lagi.

2. Julia Amin
Julia Amin merupakan antara pempengaruh digital yang menjadikan DJ sebagai kerjaya sepenuh masa. Meninggalkan dunia korporat sebagai investment banker, Julia memilih untuk mengejar minatnya dalam muzik dan berdedikasi sebagai DJ. Kini, dia kerap menghangatkan pentas The Block Party serta tampil di acara jenama-jenama besar seperti MAC, dan Sephora.

3. Jo Vynn
Bermula dari bilik tidur kini berkembang menjadi momentum global. Dengan lebih 8 juta pengikut, Jo Vynn mula dikenali menerusi video mashup yang viral di TikTok. Baru-baru ini, dia bekerjasama dengan penerbit Ukraine, Alex Iva, untuk single pertamanya “Your Attention”. Jo Vynn juga kerap dilihat memusingkan beatnya di acara jenama mewah. Kini, kerjayanya berkembang ke peringkat antarabangsa, dengan setiap set yang dimainkan meninggalkan kesan mendalam pada crowd.

4. Maya Letisha
Maya Letisha pada awalnya membina nama sebagai pencipta kandungan fesyen dan kecantikan. Namun, dia juga dikenali dengan kemampuannya mencipta mood positif melalui set DJ yang energetic. Maya membuat debut DJ-nya di The Block Party awal tahun ini, menandakan permulaan babak baru dalam kerjayanya. “Menjadi seorang DJ adalah sesuatu yang sangat tidak dijangka,” katanya. “Tetapi saya memang sukakan kejutan dan side quests dalam hidup.”

5. Athina Kamaruddin
Dari pentas runway ke DJ booth, Athina Kamaruddin tidak pernah berhenti bereksperimen. Bermula sebagai model di bawah label whoknows.models, siapa sangka minat yang bermula sekadar hobi kini berkembang menjadi kerjaya sebenar. Athina memulakan debut DJ-nya di The Block Party bersama Julia Amin dan Maya Letisha.

Artikel Berkaitan: Lisa Blackpink Bakal Membintangi Filem Aksi Terbaharu Netflix, Tygo
