Jumlah ‘followers’ di Instagram kini bukan sekadar angka. Ia mencerminkan tahap kepercayaan, daya tarikan, dan relevansi seseorang selebriti dalam landskap budaya pop semasa.
Zaman sekarang, nak tahu siapa selebriti paling popular, tak perlu tunggu anugerah atau rating TV, cukup tengok ‘followers’ Instagram.
Dari satu ‘post’ ke satu ‘story’, media sosial kini jadi tempat selebriti Malaysia berkongsi rutin harian, projek terbaharu, bisnes, hinggalah sisi peribadi yang buat peminat rasa lebih dekat.
Siapakah selebriti tempatan yang berjaya mendominasi Instagram?
Datuk Seri Siti Nurhaliza – 9.2 juta

Neelofa – 8.6 juta

Zizan Razak – 7.7 juta

Nora Danish – 7.4 juta

Mira Filzah – 7.2 juta

Scha Alyahya – 6.4 juta

Janna Nick – 6.3 juta

Hanis Zalikha – 6 juta

Amyra Rosli – 6 juta

Fazura – 6.1 juta

