Dior Addict mengumukan tiga wajah utamanya- Jisoo, Anya Taylor-Joy dan Willow Smith sebagai pesona baharu aromanya.
Belum pun melangkah masuk ke tahun 2026, Dior terlebih dahulu sudah memberi bayangan akan keindahan Dior Beauty di tahun hadapan. Menamakan tiga selebriti terkenal iaitu Jisoo Blackpink, Anya Taylor-Joy dan Willow Smith sebagai bintang baharu Dior Perfumes. Pengumuman ini saya rasakan sebagai satu bayangan akan kemeriahan kalendar kempen Dior Beauty di tahun hadapan.

Tiga wajah ini akan menghiasi kempen terbaru haruman Dior Addict yang akan didatangkan dalam tiga varian iaitu Peachy Glow, Rosy Glow dan Purple Glow. Haruman Dior Addict yang baharu ini dijangka lebih mengharum apatah lagi dibawah seliaan maestro minyak wangi terkenal, Francis Kurkdjian.
Tiga bintang ini dilihat sebagai pilihan tepat untuk membawa revolusi kepada minyak wangi ikonik ini, yang mana semangatnya lebih bertenaga dan segar. Tidak terhad kepada haruman semata, nafas baharu haruman yang baharu ini juga dilihat sebagai satu sinergi dan pelengkap kepada Dior Addict Lip Glow ciptaan Peter Philips.
Bagaimana agaknya rupa kempen yang akan datang ini? Sama-sama kita nantikan kemunculan Jisoo, Anya Taylor-Joy dan Willow Smith bersama Dior Perfumes.
TENTANG DIOR ADDICT LIP GLOW OIL
Dior Addict Lip Glow Oil mencipta fenomena tersendiri, ia membawa revolusi baharu dalam dunia belaian bibir- membuatkan bibir lebih menyerlah dalam pesona semula jadi. Ia delengkapi dengan minyak ceri yang melembap, melindungi dan melembutkan bibir dengan segera.

Barisan ‘pelembap bnibir’ ini turut diserikan dengan variasi pilihan warna serta teksturnya tidak melekit. ia boleh dijadikan sebagai primer sebelum sapuan gincu, mahupun sebagai pengilat bibir selepas aplikasi gincu, atau boleh saja dipakai begitu saja. Dapatkannya di DIOR.COM


