Enam produk ini bakal membantu mengubah kulit anda menjadi lebih anjal, segar dan kembali berseri dengan penggunaan konsisten.
Sekarang ni, kulit kurang anjal antara kerisauan utama ramai orang—lagi-lagi bila mula nampak tanda letih, kusam atau garis halus. Tapi jangan risau, dengan produk yang betul, keanjalan kulit boleh diperbaiki.
EH! kongsikan 6 produk wajib cuba yang boleh bantu kulit nampak lebih tegang, segar dan sihat.
Elizabeth Arden
Elizabeth Arden memperkenalkan duo terkini untuk kulit yang lebih plumper, anjal, dan terhidrat. Serum dan krim baharu ini diperkaya dengan Size-Shifting Hyaluronic Acid dan peptida untuk boost kolagen.
Dengan 80 peratus lebih hyaluronic acid berbanding formula asal, kulit terasa licin, bouncy, dan super hydrated. Teknologi Size-Shifting HA menembusi lapisan kulit dengan mudah, sementara peptida menyokong sintesis kolagen semula jadi.
Fokus pada lima zon utama wajah iaitu dahi, lipatan nasolabial, pipi, garis rahang dan leher, serum ini membantu menguatkan rangka sokongan kulit, menjadikan kulit lebih tegang, licin, dan bervolume. Garis halus dan kedutan nampak berkurangan, kulit lebih plumper dan segar, siap untuk “glow up” setiap hari!
Clarins

Clarins hadir dengan krim penegangan generasi baharu, Extra-Firming Cream diformulasikan dengan teknologi eksklusif [COLLAGEN]³. Dengan trio bahan aktif seperti polipeptida kolagen, ekstrak pecan, dan ekstrak Mitracarpus, kulit kelihatan lebih terangkat, kontur wajah lebih jelas, dan tulang pipi lebih bervolume.
Niacinamide pula membantu memulihkan tona kulit sekata dan menyerlahkan seri semulajadi. Teksturnya lembut, selesa, dan tidak berminyak, sesuai untuk rutin harian. Hanya tujuh hari, kulit terasa lebih tegang, kedutan licin, dan wajah berseri.
SK-II

Krim ringan premium daripada SK-II, Skinpower Advanced Airy Cream ini diperkaya dengan Pitera, Kinren4, dan Ekstrak Peony, yang membantu kulit kelihatan tegang, berseri, dan sentiasa mekar. Formula baharu ini bukan sahaja menghidupkan semula keanjalan kulit, tetapi juga melindungi daripada tekanan harian dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Kulit terasa lebih plumper, kekasaran berkurangan, dan kedutan nampak lebih halus, sempurna untuk kulit yang sentiasa glow up dan berseri setiap hari!
Sulwhasoo
Tanda penuaan yang pertama biasanya adalah kehilangan kelembapan. Kulit mula kelihatan kering, kusam, dan kurang tegang seiring usia.
Sulwhasoo Essential Firming Cream EX hadir untuk mengatasi masalah ini, dengan formula yang memberikan hidrasi mendalam sambil menegangkan kulit secara intensif. Kulit terasa lebih plumper, lembut, dan berseri.
Tatcha The Longevity Serum menyokong kekuatan kulit sambil meningkatkan daya ketahanan selular. Diperkaya dengan Okinawa Cellescence Complex, serum ini membantu melambatkan tanda-tanda penuaan untuk kulit yang kelihatan tegang, licin, dan kaya kolagen.
Dalam hanya satu minggu, kulit kelihatan lebih tegang dan licin, sel penuaan berkurangan, dan daya ketahanan selular bertambah, hasilnya kulit terasa lebih kuat dan berseri.





