Tahun 2025 menyaksikan satu nama kembali mencuri tumpuan dunia apabila Rosé, secara rasmi dinobatkan sebagai ‘World’s Most Beautiful Face 2025’ oleh platform filem Amerika Syarikat, TC Candler.

Pengumuman yang dibuat menerusi saluran YouTube rasmi TC Candler itu serta-merta menggegarkan media sosial global. Rosé mendahului senarai The 100 Most Beautiful Faces of 2025, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon kecantikan global. Reaksi peminat dari seluruh dunia hadir tanpa henti, memuji keanggunan Rosé, raut wajahnya yang lembut, serta aura unik yang menjadikannya instantly recognisable di mana-mana.
Namun, keputusan ini turut mengundang perdebatan. Di Korea Selatan khususnya, sebahagian netizen mempertikaikan kredibiliti TC Candler dan kriteria pemilihan mereka, dengan alasan senarai tersebut lebih cenderung kepada populariti global berbanding piawaian kecantikan tempatan.
Dominasi K-Pop dalam Senarai Teratas
Walau apa pun pandangan yang bercanggah, kejayaan Rosé turut disokong oleh kehadiran kuat bintang K-pop lain dalam senarai yang sama. Karina dari aespa berada di kedudukan ke-8, manakala Jisoo (Blackpink) di tempat ke-11 Nana, yang pernah menduduki tempat pertama dua tahun berturut-turut pada 2014 dan 2015, berada di kedudukan ke-18 tahun ini.
Nama-nama lain yang turut tersenarai termasuk Tzuyu (TWICE) di tempat ke-20, Lisa (Blackpink) ke-22, Jeon Somi ke-24, dan Jang Won-young (IVE) di tempat ke-26 membuktikan betapa kuatnya pengaruh visual K-pop di pentas global.
Dalam kategori lelaki pula, V dari BTS mencatatkan ranking tertinggi dalam kalangan selebriti Korea dengan berada di tempat ke-7. Pernah menduduki tangga pertama pada tahun 2017, V konsisten kekal dalam kelompok teratas saban tahun. Turut menyusul ialah Ni-Ki (ENHYPEN) di tempat ke-10, Jungkook (BTS) ke-14, Hyunjin (Stray Kids) ke-18, dan Cha Eunwoo (ASTRO) di tempat ke-33.
Untuk rekod, TC Candler telah menerbitkan senarai ‘100 Most Beautiful Faces’ dan ‘100 Most Handsome Faces’ sejak tahun 1990, menjadikannya antara ranking kecantikan paling lama dan paling banyak diperkatakan setiap tahun.
Artikel Berkaitan: ADOR Tamatkan Kontrak Danielle NewJeans












