Louis Vuitton, Dior by Jonathan Anderson, helaian vintaj Versace hinggalah busana rekaan pereka Malaysia, Khoon Hooi, antara yang melewati laluan karpet merah di Critics Choice Awards ke-31.
Critics Choice Awards menjadi pembukan bagi ‘Award Season’ untuk tahun 2026. Berlangsung di Santa Monica, acara ini dihoskan oleh Chelsea Handler. Antara yang meraih kemenangan di malam anugerah ini ialah Timothee Chalamet (yang datang bersama buah hatinya, Kylie Jenner), Emma Stone yang cemerlang menerusi Bugonia, dan juga Jacob Elordi.
Ayuh kita lihat gaya selebriti di karpet merah pertama di tahun 2026.

Gaya bintang Wicked ini pastinya antara yang menjadi perhatian. Ariana Grande mengenakan gaun kustom Alberta Ferretti yang sememangnya mematuhi kod watak Glinda. Dan bukan itu saja, gaya ini juga adalah inspirasi daripada gaya Diahann Carroll sewaktu dia hadir ke Anugerah Akademi 1969.

Timothee Chalamet datang bersama buah hatinya, Kylie Jenner. Kylie memilih untuk mengenakan gaun slip vintaj Versace.

Mia Goth mengenakan gaun putih dari Dior, ilham pengarah kreatif baharunya, Jonathan Anderson.

Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Jessie Buckley memilih gaun hitam-putih ilham Jonatahan Anderson untuk Dior.

Antara look yang berbeza berbanding yang lain! Odessa A’zion dalam gaun ekstravaganza dari OTT.

Antara aktor Hollywood paling bijak bergaya ketika ini. Jacob Elordi menyarung sut hitam Bottega Veneta.

Lovebirds! Leighton Meester dan Adam Brody turut memeriahkan karpet merah Critics Choice Awards tahun ini. Leighton Meester menyarung gaun lilac dari Carolina Herrera.

Jessica Biel mengenakan gaun renda Lanvin.

Bold! Teyana Taylor memilih persalinan maskulin dari Saint Laurent by Anthony Vaccarello.

Erin Doherty memilih gaun yang lebih unik, warnanya juga menjerit. Persalinan dari Louis Vuitton.

Seorang lagi bintang yang memilih Louis Vuitton. Hannah Einbinder tampil sederhana dalam kombo hitam-putih ini.

Bangga rasanya apabila melihat busana pereka tempatan menjadi pilihan selebriti Hollywood untuk ke karpet merah. Jackie Tohn mengenakan gaun kuning kenari rekaan Khoon Hooi.

Seorang bintang yang memilih ton kuning di acara ini. Chase Infiniti memilih gaun dengan perincian drapping di bahagian dada dari Louis Vuitton.

Gaun ton keemasan dari Ralph Lauren Collection menjadi taruhan gaya Elle Fanning di karpet merah kali ini.

Rhea Seehorn yang meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk Drama Bersiri menerusi aksinya dalam siri ‘Pluribus’ memilih busana serba hitam dari Louis Vuitton.

Kemas dan selamat! Michael B Jordan memilih sut merah gelap dari Louis Vuitton.

Saya secara peribadinya sukakan gauh Bottega Veneta pilihan Britt Lower ini, unik!
