Behind The Brush bulan ini menampilkan Ezad Ibrahim, jurusolek yang dikenali dengan sentuhan moden dan minimalis yang telah menjadi penanda aras dalam setiap hasil kerjanya. Bagi Ezad, solekan terbaik bukan tentang menutup wajah semata, tetapi menonjolkan versi paling yakin diri, cantik dengan cara yang timeless. Ezad juga sinonim dengan riasan hari bahagia, dan secara peribadi, saya sendiri pernah menggunakan khidmatnya dua tahun lalu di hari bahagia saya. Sejujurnya, sehingga hari ini, solekan itu masih terasa relevan, segar dan tidak ditelan zaman. Kali ini, saya ingin mengajak pembaca setia EH! untuk menyelami inspirasi serta perjalanan kreatif di sebalik sentuhan Ezad Ibrahim, dari berus solekan ke wajah-wajah yang diraikannya.

1. Boleh ceritakan bagaimana Ezad mula menceburi bidang solekan?
Kerjaya saya bermula dari sekadar minat terhadap bidang solekan and mahu melihat wanita tampil cantik. My first canvas yang membawa saya terjerumus dalam bidang solekan adalah Fatiya latiff dan Natasha Hudson. Selepas itu, saya bekerja di dalam pembikinan drama dan berjumpa dengan Anzalna Nasir, dari situ nama saya di angkat naik dalam bidang solekan dan mula dikenali. Raja Ilya merupakan canvas terbaik saya ketika awal permulaan bidang solekan karpet merah.
2. Apakah cabaran terbesar yang Ezad hadapi semasa mula-mula memulakan kerjaya ini?
Cabaran terbesar yang saya hadapi semasa memulakan kerjaya adalah kekangan wang untuk membeli barang makeup berjenama di awal permulaaan, tapi i’m so lucky bila dapat berkerja sebagai beauty consultant di bawah jenama produk solekan terkenal dan cabaran yang saya hadapi ketika itu untuk mencari client pada zaman yang kurang sosial media lebih kepada mulut ke mulut.

3. Adakah Ezad mengikuti trend semasa, atau lebih suka mencipta trend sendiri?
Saya lebih memilih mencipta trend tersendiri.
4. Bagaimana Ezad menggambarkan gaya solekan signature Ezad?
Solekan saya lebih dikenali sebagai makeup minimalist lebih kepada menyerikan wajah client saya. Tidak merubah penampilan client saya kepada wajah yang lain. I love nude makeup! kerana ciptaan nude makeup mampu memberi effect kekal sepanjang zaman. Contohnya, kita lihat pada zaman dahulu mak kita kahwin, makeup di tampilkan amat minimalist dengan solekan bibir rona merah yang kekal sepanjang zaman. Bila tengok gambar itu tidak pernah rasa jemu berbanding makeup mengikut trend yang hanya popular di zaman itu sahaja.
5. Apakah tip terbaik Ezad untuk mendapatkan hasil foundation yang flawless?
Tip untuk mendapat foundation terbaik semestinya penjagaan kulit muka yang rapi, and makesure prep your skin before memulakan solekan! Pilih rona foundation sama dengan kulit anda.

6. Siapakah selebriti tempatan yang Ezad teringin sangat untuk solek?
Actually, my wish list sudahpun tercapai. Antara canvas terbaik saya Anzalna Nasir dan Nabila Huda. Maybe next, Dato ‘ Seri Siti Nurhaliza atau Dayang Nurfaizah.
7. Apakah nasihat anda untuk makeup artist muda yang baru mahu bermula?
Kepada makeup artist yang mahu bermula, selalu merendah diri dimana kita berada and be yourself.

Artikel Berkaitan: Behind The Brush: Ummi Nasir
