Raikan Tahun Baharu Cina dengan pengalaman menjamu selera yang istimewa di pelbagai hotel pilihan, lengkap dengan hidangan lazat, suasana selesa dan layanan eksklusif untuk seisi keluarga.
Bulan sambutan Tahun Baharu Cina sentiasa dipenuhi dengan kemeriahan, kebersamaan dan tradisi yang bermakna bersama keluarga serta rakan-rakan.
Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, hotel-hotel pilihan menawarkan pelbagai hidangan istimewa Tahun Baharu Cina, daripada menu tradisional hingga sajian moden. Dengan suasana elegan serta konsep tersendiri, setiap lokasi menjanjikan pengalaman menjamu selera yang lebih meriah dan bermakna.
The Chow Kit Kitchen & Bar
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, The Chow Kit Kitchen & Bar tersenarai sebagai antara lokasi hotel pilihan EH! yang menawarkan pengalaman makan istimewa penuh makna. Melalui menu khas Prosperity Feast berharga RM168++ seorang, para tetamu dapat menikmati rangkaian hidangan simbolik seperti Golden Prosperity Yee Sang, Longevity Noodles, Wagyu Char Siew dan pencuci mulut Panna Cotta Lucky Longan yang melambangkan kemakmuran, umur panjang serta tuah berpanjangan.
Bagi yang ingin menikmati secara ala carte, Golden Prosperity Yee Sang ditawarkan pada harga RM88++ (4 orang) dan RM128++ (6 orang), manakala Longevity Noodles pula berharga RM68++. Gabungan suasana moden dan sentuhan tradisional menjadikan The Chow Kit Kitchen & Bar pilihan ideal untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga dan rakan-rakan.
Le Mei, Le Méridien
Le Mei di Le Méridien menyambut Tahun Baru Cina dengan empat set menu istimewa yang menampilkan kehalusan masakan Kantonis klasik. Rangkaian hidangan disusun rapi, bermula dengan sajian laut kukus yang ringan sebelum beralih kepada daging yang dimasak perlahan dengan rasa yang mendalam dan kaya, sekali gus menyerlahkan teknik masakan serta penggunaan bahan bermusim berkualiti tinggi.
Bersempena tahun baharu, simbolik tuah turut diselitkan sepanjang hidangan — ikan seekor melambangkan kemewahan dan kelimpahan, dumpling sebagai simbol kemakmuran, serta pencuci mulut manis yang membawa maksud keharmonian dan kesejahteraan. Harga bermula dari RM1,690 bagi satu meja untuk 5 orang.
Shangri-La
Di Shangri-La, sambutan Tahun Baru Cina diraikan dengan rangkaian menu bertuah dan ciptaan dim sum eksklusif hasil sentuhan Executive Sous Chef, Beh Chew Tai. Set menu istimewa ini membawa para tetamu melalui pengalaman kulinari yang halus, menggabungkan cita rasa mewah dengan simbolik tradisi bagi meraikan kemakmuran, tuah serta keindahan kebersamaan.
Antara hidangan utama yang menjadi tumpuan termasuk Yee Sang bersama Abalon dan Kaviar sebagai lambang kekayaan dan kejayaan, Ikan Kerapu Laut Dalam Sabah Kukus yang melambangkan kelimpahan serta keharmonian, dan Itik Panggang Trufel yang menambahkan sentuhan mewah pada hidangan perayaan. Sajian ini dilengkapkan dengan pilihan dim sum buatan tangan seperti Truffle Crystal Dumpling dan Gold-Foil Shrimp Dumpling with Oyster & Black Moss, disediakan dengan penuh ketelitian untuk menaikkan lagi pengalaman menjamu selera.
Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, restoran Yun House yang diiktiraf Michelin menyambut Tahun Kuda dengan set menu eksklusif dan pilihan ala carte hasil sentuhan Executive Chinese Chef, Jimmy Wong. Pilihan set menu Majestic, Auspicious dan Yun House Fortuity dimulakan dengan Yee Sang istimewa seperti Smoked Salmon and Black Truffle Yee Sang yang melambangkan kemakmuran dan tuah. Hidangan Kantonis klasik seperti Lobster Kukus, Abalon Premium dan Itik Panggang London disajikan dengan sentuhan moden dan bahan berkualiti tinggi, sebelum diakhiri dengan pencuci mulut elegan yang melengkapkan pengalaman menjamu selera Tahun Baru Cina dengan penuh gaya.













