Ready, set, glam! Deretan selebriti A-list Hollywood yang tampil memukau dengan gaya kecantikan di Golden Globes 2026.
Golden Globes ke-83 yang berlangsung pada Ahad, 11 Januari di Beverly Hilton, Los Angeles seperti yang dijangka, menjadi tumpuan permaidani merah, pentas utama gaya kecantikan paling memukau dengan selebriti Hollywood tampil menyerlah melalui solekan dan dandanan rambut trendy.
Glamor klasik Hollywood versi moden mendominasi, khususnya potongan bob dalam pelbagai gaya daripada beralun penuh volum hingga potongan tajam dan kemas.
One more thing, calitan bibir gelap, rambut ‘swoopy’, dan blusher yang menyerlah antara elemen kecantikan paling menonjol!
Tanpa melengahkan masa, inilah gaya kecantikan selebriti paling memukau di Golden Globes 2026:

Audrey Nuna
Salah seorang vokal suara KPop Demon Hunters ini tampil bak peragawati di pentas peragaan dengan dandanan tocang unik dan gincu hitam yang berani. Love this! Tocang berstruktur ini memberi aura mitos, dilengkapkan pula dengan kuku natural bertip kaca lutsinar.

Selena Gomez
Retro dan memukau! Bintang Only Murders in the Building, Selena Gomez, tampil bak Hollywood bombshell dengan bob berombak berbelah sisi dan bibir merah ruby mendalam.

Jenna Ortega
Sleek dan chic! Bintang Wednesday, Jenna Ortega, tampil dengan simpulan rambut rendah berbelah tengah yang elegan dan solekan matte yang lembut. Solekannya mengekalkan keanggunan minimalis, bibir dan kelopak mata coklat lembut, hampir tiada eyeliner dan kening bleaching sebagai tanda kecantikan-statementnya.

Odessa A’zion
Pelakon Marty Supreme memadankan solekan inspirasi era 80-an, termasuk alis dan solekan mata yang menawan dengan rambut keriting ikonik miliknya, menghasilkan penampilan yang berani namun bergaya.

Lisa
Bibir berkilat dan pemerah pipi warna merah jambu lembut menjadi pelengkap sempurna kepada gaya kecantikan Lisa yang ringkas. Dengan rambut berombak halus panjang yang tampak semula jadi serta poni nipis di dahi, penampilannya terlihat effortless.

Teyana Taylor
Keriting pendek swoopy, gaya rambut ikonik Teyana Taylor yang sentiasa memikat, ditambah lagi dengan solekan mata tajam. Kelopak matanya diserikan sparkle perak, lengkap dengan wing hitam yang tepat di atas dan bawah bulu mata. Bibirnya pula bersinar dengan ombre coklat hangat, melengkapkan keseluruhan penampilan glamor.

Ariana Grande
Perubahan yang menawan! Ariana Grande secara perlahan meninggalkan imej Glinda bubble yang manis dengan peralihan paling ketara ialah rambut coklat gelap barunya. Solekan pula diserlahkan dengan smoky eye coklat lembut oleh Michael Anthony menggunakan palet R.e.m. Beauty terbaru, selari dengan warna rambut barunya.

Emma Stone
EH! terpikat dengan gaya rambut bob blow-out berbelah tengah Emma Stone di Golden Globes tahun ini. Solekan wajahnya pula tampak segar ala natural beauty dan berseri.

Jennifer Lawrence
Penampilan romantik kontemporari dengan gaya rambut panjang dan solekan yang sempurna untuk malam temu janji. Smoky eyes berkilau dalam rona mauve-campur-bronze ini pasti menjadi inspirasi solekan ideal untuk Hari Valentine.

Amanda Seyfried
Gaya rambut bersifat skulptural menjadi pilihan Amanda Seyfried, dengan lapisan rambut disisir ke tepi membentuk ombak retro yang anggun, manakala selebihnya dikemaskan dalam sanggul rendah yang sofistikated. Sentuhan bibir dan pipi rona ros mengekalkan keseluruhan penampilan ini kekal klasik.
