Bagi wanita, sememangnya ramai yang obses untuk berbadan kurus seperti model. Tujuannya untuk Nampak cantik mengenakan pakaian yang digemari. Tetapi bagi lelaki, adakah badan yang cantik itu penting? Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh akhbar The Guardian, 80.7 peratus lelaki mengaku mereka mementingkan bentuk tubuh yang menarik berbanding hanya 75 peratus wanita.
Gambar: cloudave.com
Mereka melihat tubuh badan yang cantik itu sebagai satu kelebihan. Alasan lain untuk mereka mempunyai badan yang ‘berketak’ adalah kerana merasakan lengan dan dada adalah aset penting untuk kelihatan lebih maskulin. Ada juga yang rimas dengan ejekan rakan yang mengatakan mereka semakin berisi. Sesetengah lelaki mahukan badan yang menarik kerana mahu menjaga imej diri dengan baik dan tidak mahu terkena sindrom ‘man boobs’.
Menurut Dr. Phillipa Diedrichs dari University of West England, lelaki masa kini sanggup melakukan senaman ekstrem, diet yang ketat serta ada yang sanggup sakit kerana mahu kurus. Ingin tahu senarai Hollywood Best Body dan lebih sebab mengapa lelaki obses dengan badan yang cantik, dapatkan EH! keluaran Mei ’13 dan selak ke halaman 232.