Alam maya kini lebih bergaya! Coach tampil dengan Coach x The Sims 4 Open-Access Collection, koleksi digital percuma yang membolehkan pemain mengekspresikan gaya tanpa batas.
Kini, karakter anda dalam The Sims 4 boleh tampil lebih trendy dan bergaya! Coach memperkenalkan sembilan item fesyen eksklusif dengan 65 variasi warna dan cetakan, memberikan kebebasan untuk mencipta ratusan gaya unik dalam permainan. Paling mencuri perhatian, beg ikonik Tabby dan Brooklyn bukan sahaja boleh digayakan pada Sim, malah turut berfungsi sebagai dekorasi rumah.
Turut dilancarkan ialah Coach Trunk, item istimewa yang membuka pre-styled outfits berdasarkan mood Sim. Fesyen bertemu emosi? Yes, please! Sebagai seseorang yang membesar dengan permainan video ini, kolaborasi ini benar-benar mengujakan dan saya pasti akan menjadi antara yang terawal untuk memuat turunnya.
Dilancarkan bersempena komuniti The Sims 4 yang meraikan kreativiti dan identiti diri, kolaborasi ini membawa mesej Coach, “The Courage to Be Real,” ke dunia digital dengan cara yang fun, segar dan inklusif. Koleksi ini boleh didapati mulai 13 Januari dan boleh diakses oleh semua pemain di seluruh dunia.
Baca: Para Tetamu Dalam Persalinan Coach di Acara EH! Top 20



