Tidak perlu pening fikir nak pakai apa pagi raya. Tahun ini, EH! memudahkan pilihan anda dengan himpunan busana Aidilfitri 2026 khas untuk lelaki yang mahu tampil kemas, bergaya dan yakin.
Daripada potongan klasik yang tak lapuk dek zaman, hinggalah rekaan moden dengan sentuhan kontemporari, setiap busana dipilih teliti untuk memenuhi pelbagai gaya dan personaliti. Sama ada anda sukakan gaya minimal, tradisional moden atau statement yang subtle, EH! sudah sediakan pilihan terbaik untuk anda.
Raya ini, fokus pada momen bersama keluarga dan orang tersayang. Soal gaya? Don’t worry, we got you!
Bulan Bintang
Bulan Bintang mempersembahkan koleksi Baju Melayu lelaki yang lengkap, termasuk Traditional Fit, Slim Fit dan Kurta. Direka untuk keselesaan dan gaya moden, koleksi ini sesuai dipakai oleh semua lelaki, dengan saiz standard dan plus size, menjadikan penampilan di pagi Raya lebih kemas dan bergaya.
KALHMS
KALMHS meneruskan DNA minimalisnya melalui koleksi EID: #ULANG2026, menampilkan Redam Set untuk lelaki yang ringkas, timeless dan versatil. Direka dengan potongan kemas dan siluet moden, set ini mengutamakan keselesaan serta gaya yang tenang.
Sentuhan elemen Cina seperti chinese button knot menambah dimensi unik pada busana Raya lelaki ini, menjadikannya mudah digayakan dan sesuai dipakai berulang kali untuk gaya Raya moden yang praktikal dan berkarakter.
Khatam KL
Khatam KL mempersembahkan koleksi Patawali, direka untuk dipakai dengan bebas dan penuh keyakinan. Tersedia dalam tiga gaya, Modern Fit Collared Top, Modern Fit Top Quarter, dan Modern Fit Top, setiap helai diperbuat daripada campuran rayon lembut untuk keselesaan maksimum. Dengan 41 pilihan warna, Patawali sesuai untuk setiap mood dan acara, membolehkan setiap lelaki mengekspresikan gaya unik mereka dengan mudah.
BMO 1980
BMO 1980 mempersembahkan koleksi RTW — In His Elements, dengan Baju Melayu yang direka untuk keselesaan harian dan momen Raya yang istimewa. Potongan moden dan kemasan rapi menjadikan setiap set sesuai untuk lelaki yang hadir dengan tujuan, sentiasa berperanan dan mahu bergaya tanpa kompromi, di mana tradisi bertemu gaya kontemporari.
Baca: Wanita di Pentas Lelaki, Ini Rekaan Terbaik di Milan Men’s Fashion Week Musim Luruh/Dingin 2026




