Kisah Brooklyn Beckham kini menjadi antara drama keluarga selebriti paling hangat diperkatakan pada awal 2026.
Nama Brooklyn Beckham sekali lagi menjadi bualan hangat dunia hiburan antarabangsa apabila beliau secara terbuka mengakui bahawa hubungannya dengan keluarga sendiri kini berada di tahap paling renggang.

Anak sulung kepada pasangan legenda bola sepak dan fesyen, David dan Victoria Beckham, ini didakwa memilih untuk menjauhkan diri demi mempertahankan perkahwinannya bersama isteri tercinta, Nicola Peltz Beckham.

Pada awal tahun 2026, Brooklyn atau nama penuhnya Brooklyn Peltz Beckham mencuri perhatian apabila mengeluarkan kenyataan emosional yang mendedahkan konflik dalaman keluarga mereka.
Lebih mengejutkan, Brooklyn menegaskan bahawa buat masa ini, beliau tidak berminat untuk berdamai dan memilih ketenangan hidup bersama Nicola sebagai keutamaan.
Ketengangan antara Brooklyn Beckham dengan keluarga sehingga ‘unfollow’ di Instagram
Ada laporan bahawa Brooklyn menyekat akaun dari anggota keluarga di Instagram, termasuk orang tua dan bahkan adik-adiknya.
:max_bytes(150000):strip_icc()/beckham-family-1-102225-da9982b0d52c4f94a92c96ac2c297e14.jpg)
Brooklyn juga menolak dakwaan bahawa Nicola menjadi punca keretakan hubungan keluarga mereka. Sebaliknya, beliau menegaskan isterinya adalah individu yang paling menyokong dan memahami dirinya dalam fasa sukar ini.
Konflik yang tidak lagi disorok
Ketegangan ini mula jelas apabila Brooklyn tidak menghadiri beberapa acara keluarga besar, termasuk sambutan ulang tahun David Beckham dan perhimpunan keluarga hujung tahun lalu. Kehilangannya dalam foto-foto keluarga turut menguatkan spekulasi bahawa hubungan mereka benar-benar renggang.
Lebih mengejutkan, Brooklyn mendakwa pernah pulang ke London dengan niat untuk berbaik, namun usaha tersebut tidak disambut seperti yang diharapkan. Situasi ini membuatkan beliau memilih untuk berundur dan memberi ruang kepada dirinya sendiri.
Baca: Nicola Peltz Perjelas Isu Tidak Sebulu Dengan Ibu Mentua, Victoria Beckham
