Julia Ariana hidup di persimpangan seni dan pemikiran. Pernah terlibat dalam kempen jenama global seperti Chanel, dia hadir dengan aura yang lembut dan penuh karakter. Sebagai graduan Psikologi dengan minat mendalam terhadap Cognitive Neuroscience, Julia tertarik untuk memahami manusia, emosi dan cara minda berfungsi. Pada masa yang sama, seni menjadi ruang untuknya bernafas daripada melukis sehinggalah membina jenama gaya hidupnya sendiri yang diberi nama, Ariora, sebagai lanjutan kepada kreativiti dan pandangan peribadi. Berasal daripada latar belakang muzikal teater, dunia persembahan sentiasa dekat di hatinya, menjadikan pentas dan kamera ruang yang dinikmatinya secara natural.

1. Bagaimana anda mula tertarik dengan dunia kecantikan, dan apa yang memberi inspirasi untuk berkongsi rutin kecantikan di media sosial?
Semuanya bermula daripada ibu saya. Growing up, in my eyes, she was the real “diva”. Setiap kali kami keluar bersama, dialah yang paling menawan. Rambut sentiasa rapi, kuku terjaga, semuanya sempurna. Daripadanya, saya belajar tentang kecantikan, ditambah pula inspirasi daripada selebriti yang saya kagumi. Berkongsi rutin kecantikan di media sosial datang daripada perasaan yang sama. Saya sedar saya juga boleh mencipta rasa teruja dan memberi inspirasi kepada orang lain. Sebagai manusia, kita sememangnya cenderung meniru individu yang kita kagumi, dan saya suka bagaimana kecantikan boleh menjadi satu pengalaman yang dikongsi bersama.
2. Produk kecantikan yang anda tidak boleh hidup tanpanya, dan mengapa?
Sudah tentu Medicube Age-R Booster Pro. Bagi saya, ia benar-benar game changer. Saya gemar menggunakannya bersama serum kerana teknologi electroporation dan microcurrent yang membantu produk menyerap lebih dalam ke kulit. Perubahannya sangat ketara dan kulit saya sentiasa hydrated and not forgetting that “GLASS SKIN” look!
3. Adakah anda mempunyai guilty pleasure dalam kecantikan?
Oh god, this one’s hard. Sejak enam bulan kebelakangan ini, saya cuba lebih berdisiplin dengan perbelanjaan, terutamanya beauty product. Saya akui saya mempunyai terlalu banyak produk bibir. Setiap kali ada pelancaran lip product baharu, saya memang sukar menahan diri. Produk bibir sememangnya guilty pleasure saya. Tetapi ejak pertengahan tahun lalu, saya tidak membeli satu pun produk bibir dan I’m honestly very proud of myself for that, haha.
4. Bagaimana anda menyesuaikan rutin kecantikan ketika travel?
Ketika melancong, saya sangat peka terhadap climate changes kerana ia memberi kesan kepada kulit saya. Jadi saya akan menyesuaikan rutin mengikut cuaca dan hanya menggunakan produk yang saya tahu sesuai dengan kulit. Untuk destinasi sejuk, saya memilih formula yang lebih kaya bagi mengelakkan kulit kering. Manakala untuk cuaca panas, saya cenderung kepada produk yang lebih ringan dan breathable. Walau ke mana pun, penggunaan sunscreen setiap hari adalah wajib.

5. Siapa girl crush anda?
I’d have to say Miss Jennie Kim! I’ve always admired how intentional and authentic she is in the way she carries herself. Dia kelihatan sofistikated, namun dalam masa yang sama berani menampilkan sisi berbeza di atas pentas. Saya suka bagaimana dia meraikan dualiti dirinya tanpa rasa takut. Sejujurnya, saya telah mengagumi dan cuba mencontohi aura tersebut sejak usia 14 tahun. Truly iconic!
6. Favourite Perfume atau scent untuk daily?
Buat masa ini, my go-to has got to be Juliet Eau De Parfum 30ml by Ariora! I love how it’s all about magnetic attraction and allure. Saya cenderung memilih bauan yang rich dan captivating kerana ia membuatkan saya berasa lebih yakin, flirty, and ready to take on the day!
7. Bagaimana anda memastikan content anda sentiasa fresh dan relevan?
I try to keep my content as authentic as possible. Sama ada berkongsi momen minum matcha bersama rakan-rakan atau sharing moments from family trips, saya memilih untuk berkongsi pengalaman sebenar. Saya juga gemar membuat photo dump kerana ia memberi gambaran kehidupan saya cukup untuk membuatkan pengikut berasa dekat, namun masih mengekalkan ruang privasi. Keseimbangan inilah yang membantu content saya kekal fresh, relatable and fun, while allowing me to stay true to who I am!
8. Jika anda boleh memberi satu nasihat kecantikan kepada diri sendiri pada usia 18 tahun, apa yang anda akan katakan?
Dear Juls, Just be yourself. Kecantikan sebenar sentiasa datang dari dalam. Jaga diri dan biarkan keyakinan bersinar secara semula jadi. Jangan terlalu memikirkan trend atau membandingkan diri dengan orang lain. Fokus pada perkara yang membuatkan anda benar-benar gembira. You already have all the equipment to grow into your best self, so use it to the fullest. Trust what you’re doing. Only you truly know yourself best, my love.

Artikel Berkaitan: EH!kspresi Cantik: Eryka Zulkarnain
