Dalam dunia fesyen dan gaya hidup mewah hari ini, sosialit bukan sekadar hadir sebagai wajah cantik di acara eksklusif, mereka set the mood. Fesyen bukan lagi tentang apa yang dipakai semata-mata, tetapi bahasa peribadi untuk menceritakan siapa mereka.
Pengaruh mereka melangkaui almari pakaian. Melalui media sosial, jenama peribadi dan perniagaan yang dibangunkan, mereka menjadi rujukan gaya hidup dari kecantikan dan perniagaan hinggalah cara menikmati hidup dengan penuh kelas. Inilah generasi sosialit moden pilihan EH! yang paling fashionable
1. Ezurin Kyra
Siapa tidak kenal Ezurin Kyra nama yang sudah lama berlegar dalam dunia fesyen, dari era peragaan 90-an hingga ke landskap sosialit hari ini. Bekas model dengan high-fashion energy yang kuat dan bekas isteri kepada Tunku Dato’ Yaacob Khyra dari kerabat diraja Negeri Sembilan ini juga aktif berkongsi potongan hidup mewah, gaya harian dan momen peribadi di Instagram. Identiti fesyennya adalah gabungan old-school glamour dengan gaya yang sentiasa kelihatan expensive without trying.

2. Nadia Nasimuddin
Sebagai antara pengarah NAZA Group, legasi perniagaan yang diasaskan oleh bapanya Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Nadia Nasimuddin dikenali sebagai wanita korporat dengan cita rasa tinggi. Mengemudi sektor makanan dan minuman, termasuk jenama Dotty’s Pastries & Coffee, yang kini mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Gaya fesyennya pula mencerminkan modern corporate chic yang elegan, sofistikated dan sentiasa kelihatan effortless dengan pilihan sut berpotongan kemas, blazer dan blaus yang dipadankan dengan beg tangan mewah sebagai pelengkap penampilan.

3. Natasha Ozeir
Dilahirkan di London, dibesarkan di Sabah dan kini menetap di Kuala Lumpur, Natasha Ozeir ialah sosialit dan usahawan di sebalik jenama kecantikan PrettySuci serta pengasas jenama kopi Richman Coffee yang kini berada di lebih 2,500 cawangan 7-Eleven seluruh Malaysia. Cucu kepada Tan Sri Datuk Seri Harris Salleh ini dikenali dengan gaya chic, elegan dan berani bereksperimen daripada travel-ready looks hingga penampilan mewah. Setiap gaya mencerminkan personaliti ceria dan kreatifnya, menjadikan fesyen sebahagian daripada kisah hidup yang sentiasa bergerak ke hadapan.

4. Kim Raymond

5. Chryseis Tan

6. Marion Caunter
Bekas pengacara TV yang kini sinonim dengan fesyen elegan dan isteri kepada SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama NAZA Group, Marion Caunter ini bijak mengimbangi kerjaya, keluarga dan gaya hidup dengan penuh poise. Dari karpet merah yang glamor hingga penampilan minimal yang sofistikated, gaya Marion sentiasa timeless berteraskan potongan klasik dan sentuhan fesyen mewah. Tidak hairanlah beliau sering menjadi wajah pilihan pereka tempatan seperti Rizman Ruzaini dan Alia Bastamam, mengukuhkan statusnya sebagai ikon fesyen yang berpengaruh di Malaysia.

7. Nina Ismail Sabri

