Craving dumpling? Tapi inginkan pilihan yang halal?
You’re not alone. Bagi pencinta Chinese food, dumpling memang sukar ditolak sebagai santapan kulinari.
Kulit nipis, inti berjus dan aroma yang menggoda. Namun, mencari dumpling halal yang benar-benar diyakini selalunya jadi cabaran.
Kabar baiknya, kini semakin banyak restoran tampil menawarkan dumpling halal dengan rasa autentik, teknik masakan tradisional dan variasi menu yang buatkan kita rasa seperti makan di restoran Chinese food sebenar tanpa rasa was-was.
EH! senaraikan 4 restoran dumpling halal wajib cuba khas untuk anda yang sentiasa ‘craving’ tetapi tetap mengutamakan pilihan halal.
Din Tai Fung
DIN by Din Tai Fung menawarkan pilihan makanan halal dan Muslim-friendly, terutamanya di cawangan seperti di Sunway Pyramid (Oasis), KLCC, IOI City Mall, Mid Valley Southkey (JB) dan The Exchange TRX, dengan menu yang menampilkan Xiao Long Bao (dumpling sup) ayam dan kambing, serta pelbagai dim sum lain yang bebas babi dan alkohol.
Canton Boy
Nikmati keenakan dim sum buatan tangan yang disediakan segar mengikut pesanan, dengan ketelitian, sentuhan tradisi dan penuh rasa. Daripada Siu Mai King yang menjadi kegemaran ramai hingga yam croquette rangup, setiap suapan menyerlahkan kemahiran dan keseimbangan rasa. Sama ada dikukus sempurna atau digoreng hingga keemasan, menu dim sum disini menawarkan pelbagai pilihan dibuat segar, sesuai untuk dikongsi, dan pasti memikat selera.
Dolly Dim Sum
Antara menu popular termasuk Siew Mai ayam istimewa, Crystal Prawn Dumpling, Spicy Szechuan Dumpling dan pelbagai pilihan pau. Pensijilan halal meliputi dapur pusat serta semua restoran, menjadikan Dolly Dim Sum pilihan selamat dan digemari pencinta Chinese food.
Jibby Chow
Restoran Cina milik Muslim yang mesra halal, dikendalikan oleh Serai Group. Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan dim sum, dumpling serta hidangan Cina halal. Antara menu tarikan termasuk Peking Duck, Mongolian lamb ribs serta aneka hidangan Cina yang diinspirasikan secara kontemporari. Jibby Chow boleh dikunjungi di beberapa lokasi seperti Bangsar Village II, The Campus Ampang dan Elmina Lakeside Mall








