Kalau sebelum ini, rutin date anda dan pasangan asyik ulang skrip yang sama, sudah tiba masanya untuk tukar suasana kepada sesuatu yang lebih meaningful, bukan hanya sekadar pass time atau cantik di Instagram semata, tetapi meninggalkan cerita untuk dikenang.
Jika anda sedang mencari date idea yang lebih fun, intimate dan tidak terlalu klise, workshop mungkin pilihan yang tepat. Ia membuka ruang untuk berkomunikasi dengan lebih dekat, berkongsi tawa dan mengenali sisi pasangan yang jarang muncul.
EH! kongsikan lima workshop menarik yang sesuai untuk anda dan pasangan sama ada untuk mencuba sesuatu yang baharu atau sekadar meluangkan masa berkualiti bersama.
1. Beary Potter Studio
Di Beary Potter Studio, anda dan pasangan berpeluang mempelajari teknik asas membentuk tanah liat melalui hand-building atau wheel throwing. Prosesnya bukan sahaja terapeutik, malah cukup menyeronokkan dan bakal dipenuhi momen kecil. Paling istimewa, setiap hasil seni boleh dibawa pulang sebagai kenangan manis.
Alamat: Bandar Bukit Jalil, 2-43, Jalan Jalil Utama 2, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
2. Candleliin Atelier
Candleliin Atelier menawarkan pengalaman workshop membuat lilin beraroma dalam suasana yang tenang dan aesthetic. Di sini, anda dan pasangan boleh memilih bau kegemaran, belajar teknik scent blending dan mencipta lilin peribadi. Aktiviti ini santai dan cukup intimate sesuai untuk pasangan yang suka slow moments dan perbualan dari hati ke hati.
Alamat: 12-02, Jalan Mahkota Residence 2, Bandar Mahkota Cheras, Batu 11 Cheras, 43200 Cheras, Selangor
3. The Weekend Workshop (Pasta&Pizza)
Kalau anda dan pasangan suka makan, ini versi date upgrade. Di The Weekend Workshop, anda akan belajar cara menyediakan pasta dan pizza dari asas bermula daripada doh, sos sehinggalah ke proses plating. Paling menarik, selepas memasak anda boleh terus menikmati hasil air tangan sendiri. Simple, fun dan sangat bonding-friendly.
Alamat: 5, Jalan Jugra, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
4. Dolce’s
Dolce’s dikenali dengan workshop menghias kek dan dessert yang mesra beginner, sesuai untuk pasangan yang mahu mencuba sesuatu yang manis dan menyeronokkan. Di sini, anda akan belajar teknik piping, dekorasi serta bereksperimen dengan warna dan tekstur walaupun hasilnya mungkin tidak sempurna, tetapi penuh dengan momen spontan. Kek yang siap juga boleh terus dibawa pulang atau dinikmati bersama.
Alamat: 34-1, Jalan 9/23a, Medan Makmur, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. Yoo Artlife
Yoo Artlife sesuai untuk pasangan yang suka ekspresi bebas. Dari acrylic paint, fluid art hingga seni kontemporari, setiap sesi direka supaya anda dan pasangan boleh lepaskan kreativiti tanpa tekanan. Tiada betul atau salah hanya warna, emosi dan momen bersama. Sangat sesuai untuk pasangan yang mahu date yang relaks tetapi tetap meaningful.
Alamat: Shamelin, 22 Jalan 6E /91, Taman, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Artikel Berkaitan: 3 Restoran Citarasa ‘Italian’ Untuk Makan Malam Romantis Anda










