Tak lengkap rasanya tanpa kuku yang cantik di hari Valentine!
Tak kira sama ada untuk makan malam romantik, selfie manikur untuk Instagram atau sekadar mood-boost sendiri, setiap rekaan kuku sebenarnya boleh jadi cara untuk ekspresikan diri dan mood Valentine anda.
Sedang mencari inspirasi untuk kuku yang catchy tapi classy, jom tengok 10 trend kuku Valentine paling romantik & chic yang mesti cuba tahun ni!

3D Cutie
Rekaan kuku ini menampilkan gabungan warna nude pink dan putih sebagai asas, dihiasi dengan elemen 3D seperti reben merah berkilat, mutiara halus, serta batu kristal berbentuk hati yang menjadi fokus utama.
Perincian yang rumit termasuk karakter comel yang menyerlahkan sisi manja dan ceria, kemasan berkilat pula menambahkan efek eksklusif, menjadikan kuku ini tampak elegan dan menawan dari setiap sudut.

Kiss Me More
Sensual dan minimalis. Corak “lip print” yang disusun secara rawak pada setiap kuku dan bentuk kuku yang panjang dan runcing mencipta kesan artistik yang unik, seolah-olah menggambarkan ekspresi romantik dan keyakinan diri pemakainya.

Sweety
Gaya manis dan elegan melalui gabungan warna nude lembut dan putih bersih sebagai asas utama. Hiasan motif hati kecil berwarna merah dan ilustrasi reben halus disusun pada setiap kuku, mencipta suasana romantik dan feminin tanpa kelihatan berlebihan.

Crimson Sacred Heart
Edgy love! Kuku berbentuk stiletto ini tampil bold dan artsy dengan gabungan warna merah burgundy, merah maroon berkilau, dan nude lutsinar yang beri kontras cantik. Elemen utama ialah motif hati merah ala sacred heart lengkap dengan garisan silver seperti duri atau sinaran, bagi vibe romantik gelap yang sedikit gothic.

Ruby Stardust
Kuku berbentuk stiletto ini nampak elegan dan bold dengan warna merah ruby berkilau yang beri efek glam dan mahal. Kuku penuh glitter merah dengan satu kuku accent nude lutsinar, tak terlalu sarat tapi masih menarik perhatian.
Kilauan glitter seperti hidupkan vibe classy, macam cahaya malam, sesuai untuk event malam atau majlis khas. Pendek kata, ia feminin, sleek, dan sangat “rich girl energy”.

Sweetheart Blush
Kuku berbentuk stiletto ini nampak manis dan playful dengan gabungan warna merah klasik dan nude lembut yang buat keseluruhan look rasa romantik.
Hiasan hati kecil bertaburan bagi vibe cinta-cinta yang comel, digabung pula dengan line art putih seperti reben dan sentuhan sparkle halus yang buat kuku nampak kemas dan artsy. Ada juga efek ombre merah ke nude yang beri dimensi tanpa nampak terlalu berat

Soft Girl Energy
Kuku ni nampak sweet tapi tetap classy. Bentuk almond dengan base warna pink nude yang lembut buat kuku nampak clean dan feminin dan dihujungnya ada French tip putih berbentuk V yang bagi ilusi jari lebih panjang.
Detail merah paling mencuri perhatian, corak seperti reben berlingkar dengan bow kecil dan hati.
Baca: Girls, Save This! 3 Salon Kuku Murah Selain Galaxy Ampang
