Untuk edisi Februari ini, EH! menyelami dunia haruman dengan pendekatan yang lebih peribadi, lebih dekat dengan jiwa dan pastinya feel-good sempena bulan penuh kasih sayang!
Februari mungkin datang dan pergi dengan pantas, tetapi emosi yang dibawanya selalunya melekat lebih lama daripada helaian kalendar. Sempena bulan kasih sayang ini, cinta bukan sekadar diraikan melalui bunga dan coklat. Wangian juga memainkan peranan yang sama penting menjadi sentuhan terakhir yang mengikat emosi, memori dan mood dalam satu semburan lembut.
Jom! Intai Sepuluh Seleksi Wangian Pilihan EH! Februari Ini;
1. Kilian Paris Her Majesty
Terinspirasi daripada perjalanan Kilian Hennessy ke Kyoto, Her Majesty menangkap keindahan momen yang singkat dan bermakna. Ia bermula dengan sentuhan damascena rose, white peach dan rum, sebelum perlahan-lahan tenggelam ke asas woody yang hangat dan menenangkan. Diilhamkan oleh suasana berjalan di Philosopher’s Path ketika kelopak sakura berterbangan, wangian ini terasa tenang dan sarat emosi seperti cinta yang tidak perlu ditunjukkan secara berlebihan, tetapi cukup dalam untuk diingati.

2. Solférino Paris Neroli Woody
Neroli Woody adalah wangian yang terasa clean, fresh dan effortless dari semburan pertama. Gabungan neroli dan orange blossom beri bau yang lembut, diserikan dengan sentuhan clary sage dan mandarin yang ringan seperti gentle breeze di tepi Sungai Seine. Apabila ia kering di kulit, ambrox dan musk muncul perlahan dengan woody note yang subtle. Sesuai untuk everyday wear dan cinta versi low-key.

3. Ferragamo Signorina Romantica
Tambahan terbaharu dalam keluarga Signorina ini tampil sebagai amber gourmand yang ceria, feminin dan penuh pesona. Ia dibuka dengan Italian lemon heart, orange blossom dan neroli yang segar, sebelum mencuri perhatian dengan nota ikonik anginetti cookies, bau biskut Itali vanila dengan sentuhan lemon icing yang manis dan comforting. Apabila kering di kulit, wangian ini menjadi lebih sensual melalui gabungan vanilla bean, benzoin, sandalwood, musk dan Amber Xtreme. Dibalut dalam botol kaca metallic pink, Signorina Romantica meraikan cinta yang ceria dan berani dan penuh joie de vivre!

4. Guerlain Exceptional Rendezvous Cherry Blossom
Setiap tahun, Cherry Blossom diraikan sebagai simbol musim bunga. Wangian edisi terhad ini diinspirasikan oleh tradisi Hanami Jepun, dengan aroma floral yang lembut, clean dan penuh nostalgia. Ia dibuka dengan kesegaran bergamot, green tea, cherry blossom dan lilac, sebelum berakhir dengan white musk yang halus dan menenangkan. Setiap edisi tampil dalam Bee Bottle ikonik yang diolah sebagai “living canvas” edisi 2025 dihiasi karya pelukis Korea Selatan Taein Song, manakala edisi 2026 pula menampilkan sentuhan kristal Swarovski.

5. Kayali Freedom Musk Bouquet
Freedom Musk Bouquet adalah musk yang terasa intimate dari semburan pertama. Lembut, clean dan sangat skin scent. Ia bermula dengan jasmine dan ylang-ylang yang fresh dan radiant, sebelum perlahan-lahan menjadi lebih hangat dengan sentuhan rose, vanilla, praline dan sandalwood yang comforting. Tidak kuat, tidak mendominasi, tetapi makin hangat apabila kering di kulit. Sesuai dipakai siang atau malam bila anda mahu bau yang tenang tetapi memorable.

6. Marc Jacobs Daisy Murakami Blue (Limited Edition)
Kolaborasi bersama artis Jepun Takashi Murakami, Daisy Murakami Blue hadir sebagai wangian edisi terhad yang ceria, artistik dan penuh youthful energy. Dicipta oleh perfumer Alberto Morillas, aroma floral fruity ini terasa fresh dan uplifting. Gabungan rose absolute, white peony, lychee, raspberry dan geranium memberi karakter yang manis, ringan dan pleasant untuk dipakai harian dan tahan lama.

7. Calvin Klein Nude Vanilla Hair & Body Perfume Mist
Walaupun dilancarkan tahun lalu, Nude Vanilla masih relevan untuk dimasukkan ke wangian pilihan bulan Februari. Hair & body mist ini hadir dalam formula yang ringan, sesuai disembur pada kulit atau rambut untuk sentuhan haruman yang subtle. Gabungan vanilla, musk dan amber woods menghasilkan bau yang clean, hangat dan sensual. Ini jenis wangian yang terasa dekat dengan kulit, simple, menenangkan dan intimate.

8. Versace Dylan Blush Pink Pour Femme
Berani, feminin dan penuh confidence, Dylan Blush Pink adalah wangian floral fruity gourmand dengan nota marshmallow yang lembut dan addictive. Ia dibuka dengan citrus dan gabungan strawberi dan epal yang manis, diimbangi orange blossom, dan Madagascan vanilla serta musk yang hangat. Moden, ekspresif dan sangat feel-good, Dylan Blush Pink adalah haruman untuk mereka yang sweet dan playful.

9. Hermès Un Jardin sous la Mer
Baru sahaja dilancarkan pada Februari 2026 sebagai sebahagian daripada koleksi Jardins, Un Jardin sous la Mer membawa kita ke sebuah taman imaginasi di dasar laut yang tenang. Wangian unisex ini bermain dengan gabungan nota mineral dan floral yang terasa segar, clean dan kontemplatif.

10. Prada Paradoxe Radical Essence Parfum
Versi paling berani dalam keluarga Paradoxe, Radical Essence tampil lebih kaya, intens dan sangat moden. Wangian floral gourmand ini mengolah semula DNA asal Paradoxe dengan sentuhan salted pistachio yang creamy dan addictive, disatukan dengan nota floral dan woody yang sofistikated. Hasilnya manis, refined dan berkarakter dengan ketahanan yang benar-benar meninggalkan jejak.

Artikel Berkaitan: 15 Idea Hadiah Sephora Bajet Bawah RM200 Untuk Teman Wanita
